Setiap kali telefon pintar anda terjatuh pasti menjadi detik yang mendebarkan kerana risau akan keadaan telefon terbabit. Lebih-lebih lagi jika model tersebut amat sukar untuk didapatkan secara rasmi di Malaysia seperti model Google Pixel 4.

Baru-baru ini, seorang pengguna Google Pixel 4 iaitu Nauza Abdul Hamid telah berkongsi di Facebook Group Google Pixel Phone Malaysia mengenai pengalaman Google Pixel 4 miliknya yang terjatuh dari tingkat 11 di sebuah apartment.

Difahamkan insiden ini telah berlaku beberapa hari selepas beliau membeli Google Pixel 4. Pada waktu malam insiden tersebut, beliau sedang mengambil gambar melalui tingkap kerana berada di tingkat 11.

Beliau dengan tidak sengaja telah melepaskan telefon tersebut daripada genggamannya sewaktu sedang leka mengambil gambar lalu menyebabkan telefon tersebut jatuh ke bawah.

telefon pixel 4
Sumber : Facebook google pixel phone malaysia

Beliau kemudiannya bergegas ke bawah untuk mencari telefon yang baru sahaja dibeli beliau. Beliau pada awalnya beranggapan telefon pintar tersebut mungkin berada dalam keadaan yang kritikal memandangkan telefon tersebut jatuh dari tempat yang tinggi.

telefon pixel 4
Sumber: Facebook google pixel phone malaysia
206667559_883229742404001_2398933352946592228_n
Sumber: Facebook google pixel phone malaysia

Jangkaan beliau nyata meleset apabila mendapati Google Pixel 4 tersebut itu masih boleh dihidupkan manakala skrin sesentuh juga boleh digunakan seperti biasa.

Lebih mengejutkan lagi, panel belakang yang disangkakan tidak mampu menahan impak jatuh turut berada dalam keadaan baik tanpa sebarang retakan. Beliau mendapati hanya terdapat retakan pada bahagian hadapan skrin dan case telefon beliau.

Skrin Pixel 4 tersebut telah dibaiki pada keesokan harinya dan masih berfungsi dengan lancar sehingga ke hari ini. Perkara ini pasti menarik minat pembaca di luar sana bagaimana telefon pintar Pixel 4 keluaran Google ini mampu menahan impak yang kuat dari tempat yang tinggi.

Sumber Gambar: Pocket lint

Antara ciri Pixel 4 yang ditawarkan pada model ini adalah binaan rangkanya yang diperbuat daripada aluminium serta bahagian kaca yang dilindungi oleh Gorilla Glass 5.

Pelindungan Gorilla Glass 5 sudah dibuktikan melalui pelbagai ujian makmal yang mampu menahan impak jatuh sehingga 1.2 meter di atas permukaan yang keras. Sekiranya anda memakai case di telefon ini, pasti ia akan menambahkan potensi untuk menahan impak yang lebih kuat. Selain itu, kaca perlindungan ini berkemampuan menahan kesan calar dengan lebih baik.

Google telah membuktikan bahawa telefon pintar yang dikeluarkan sangat berkualiti serta masih relevan untuk digunakan sehingga ke hari ini. Terdapat desas desus yang mengatakan Google Pixel 6 akan hadir pada akhir tahun ini. Pasti ramai peminat fotografi dan peminat telefon pintar Google yang gembira dengan perkembangan ini.

Sementara itu, pesaing telefon pintar fotografi yang terkenal iaitu Sony bakal menawarkan Sony Xperia III pada harga RM5,799 di Malaysia.

Sony Xperia 1 III Bakal Ditawarkan Pada Harga RM5,799 Di Malaysia

Sony Xperia 1 II Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM4,999

Sumber