Mula dipereknalkan sebagai telefon pintar flagship oleh Huawei menerusi siri Mate bersama Mate 20 Pro, telefon pintar ini nampaknya telah menerima penurunan harga kali kedua sejak mula dilancarkan.

Mula diperkenalkan di pasaran harga RM2,799, kini Huawei Mate 20 sudah mula ditawarkan dengan harga serendah RM1,999 melalui laman Shopee.

Sumber: PhoneArena

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan processor Kirin 980, 6GB RAM dan 128GB ruang storan. Kapasiti bateri yang ditawarkan juga boleh dikatakan agak besar dengan penawaran 4000mAh.

Lebih menarik, model ini turut ditawarkan dengan tiga lensa pada bahagian belakang dengan penyertaan tiga kamera 12-megapixel, 16-megapixel dan 8-megapixel manakala kamera pada bahagian hadapan dengan 24-megapixel. Berdasarkan pencubaan kami, boleh kami katakan model ini sudah mampu menawarkan imej yang menarik disetiap gambar yang diambil.

huawei-mate-20-review-photos-wide-2560×9999
Sumber: Digital Trends

Huawei Mate 20 sudah mula ditawarkan dengan harga RM1,999 dan anda boleh mendapatkannya dengan klik disini. Sememangnya antara telefon pintar yang berbaloi didapatkan sekiranyaa anda mencari telefon pintar dibawah budget RM2,000.

Sumber