Ciri beli dulu bayar kemudian atau lebih dikenali sebagai Buy first, Pay later dilihat sudah mulai digunakan secara meluas terutamanya di pasaran Malaysia. Ciri ini kebiasaanya disediakan oleh platform e-dagang untuk pelanggan yang mahu membeli belah barangan terlebih dahulu dan bayar di kemudian hari.
Nampaknya ciri ini bakal ditawarkan pula oleh rangkaian Shangri-La Hotels and Resorts. Untuk menawarkan ciri yang didambakan ramai ini di Malaysia, pihak Shangri-La Hotels and Resorts telah memeterai perjanjian bersama syarikat Fintech, Pace Enterprise yang bakal membolehkan pengguna mendapatkan sejumlah perkhidmatan dan membayarnya kemudian.
Dengan pengenalan ciri ini, pelanggan boleh menggunakan mendapatkan pelbagai jenis perkhidmatan termasuklah menginap di hotel, pembayaran restoran dan juga perkhidmatan kesihatan seperti Spa. Pembayaran boleh dilakukan secara ansuran selama tiga bulan tanpa faedah menggunakan aplikasi Pace.
Ciri Buy First Pay Later ini boleh digunakan di rangkaian hotel seperti yang disenaraikan di bawah.
- JEN Johor Puteri Harbour by Shangri-La
- Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu
- Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu
- Shangri-La Kuala Lumpur
- Traders Hotel, Kuala Lumpur
- JEN Penang Georgetown by Shangri-La
- Shangri-La Golden Sands, Penang
- Shangri-La Rasa Sayang, Penang
Dikatakan dengan fleksibiliti ini boleh memudahkan para pengguna menikmati percutian yang diidamkan tanpa perlu memikirkan pembayaran terlebih dahulu. Jadi, buat anda yang berminat untuk menginap atau staycation di hotel Shangri-La, bolehlah memuat turun aplikasi Pace di Android atau iOS dan buat tempahan menerusinya.
Sementara itu, tahukah anda mengenai festival NFT M1NTED yang bakal diadakan buat julung kalinya di Kuala Lumpur pada Jun ini?
Festival NFT Bakal Dilangsungkan Buat Julung Kalinya Di Kuala Lumpur Pada Jun 2022 Ini