Sekiranya anda mengikuti perkembangan kriptowang semasa, pastinya anda cukup tahu Bitcoin serta beberapa lagi kriptowang popular pada ketika ini sedang mengalami penurunan nilai sehingga hampir 50%. Hal ini secara tidak langsung membuatkan para pelabur serta beberapa syarikat besar yang melabur dalam kriptowang terkesan.

Dalam pada itu, di sebalik isu yang melanda, Elon Musk pada minggu ini tampil lagi dengan sebuah tweet yang seolah ‘mengiklankan’ Dogecoin di mana beliau memaklumkan sedia mendapatkan set Happy Meal sekiranya McDonald’s menerima Dogecoin sebagai medium pembayaran.

Tweet tersebut walau bagaimanapun telah dijawab dengan penuh gurauan oleh pihak McDonald’s sendiri di mana pihak mereka memaklumkan mereka sedia menerima Dogecoin sekiranya Tesla menerima Grimacoin sebagai bayaran. Untuk pengetahuan, Grimace merupakan salah satu watak yang dicipta pihak McDonald’s.

Meskipun sekadar sebuah tweet ringkas tanpa sebarang langkah yang serius, kriptowang Grimacoin dilihat telah berjaya meningkat sehingga 285,641% hanya dalam beberapa jam sahaja selepas tweet daripada McDonald’s dimuat naik.

Sebagai rekod, kriptowang Grimacoin yang bernilai $0.0007 (~RM0.0029) telah melonjak sehingga $2 (~RM8.40) sebelum turun semula kepada $0.60 (~RM2.52) selepas orang ramai ‘melabur’ pada kriptowang ini.

Merupakan kriptowang palsu

Sumber: Comic book

Dalam pada itu, siapa sangka Grimacoin bukanlah kriptowang yang dilancarkan oleh pihak McDonald’s sebaliknya dilaporkan sebanyak 10 jenis kriptowang yang dinamakan Grimacoin telah dihasilkan sejak tweet McDonald’s tersebut dimuat naik.

Dalam erti kata lain, Grimacoin yang berada dalam pasaran kriptowang pada ketika ini hanyalah sekadar kriptowang palsu atau boleh dilabel sebagai shit coin.

Situasi seperti ini bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia kriptowang, sebelum ini terdapat sebuah kriptowang yang tular berikutan siri Squid Game iaitu SQUID coin yang menyaksikan para pelabur berlumba-lumba untuk mendapatkannya bagi meraih keuntungan sebelum harganya menjunam hampir 99%.

Oleh yang demikian, orang ramai khususnya mereka yang berminat untuk membuat keuntungan dalam kriptowang haruslah berhati-hati serta menjalankan kajian terlebih dahulu sebelum melabur dalam sesebuah kriptowang agar pelaburan yang dibuat tidak terlebur begitu sahaja.

Tular pada minggu lalu apabila seorang warga Indonesia dikenali sebagai Ghozali berjaya meraih hasil jualan NFT mencecah sehingga RM4.3 juta.

Hanya Dalam Tempoh Seminggu, Koleksi NFT Ghozali Berjaya Raih Hasil Jualan Mencecah RM4.3 Juta

Pelaburan ‘Hangus’, Nilai Kriptowang SQUID Ini Junam 99% Hanya Dalam Tempoh 5 Minit

Berjaya Naikkan Industri E-Sukan Tempatan, Soloz Terima Pingat Jasa Kebaktian, Negeri Sembilan

Sumber