Google Pixel 5A 5G baru sahaja dilancarkan sebentar tadi sebagai penganti kepada Google Pixel 4A 5G. Sepertinya pengenalan model ini dilihat tidak terdapat perbezaan yang banyak dari segi spesifikasi dengan Pixel 4A 5G.

Model ini dilengkapi skrin paparan 6.34 inci OLED FHD+ dengan hanya sokongan refresh rate sehingga 60Hz sahaja. Selain itu, ia dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 765G yang hadir dengan ciri keselamatan terbina Titan Security Module.

Header_image_ortho_blog.max-1000×1000
Sumber Gambar: Google

Ditambah pula dengan memori 6GB RAM serta storan dalaman sehingga 128GB dan peningkatan bateri lebih besar 4,680mAh yang turut meyokong pengecasan 18W. Siri 5A ini merupakan model pertama di dalam barisan siri A yang bakal menerima penarafan perlindungan kalis air IP67.

Dari segi fotografi pula, kamera utama masih mengekalkan 12.2MP sudut lebar dengan sensor 16MP ultrawide dan kamera selfie pula 8MP sahaja. Peranti ini juga hadir dengan bicu audio 3.5mm serta pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Google Pixel
Sumber Gambar: Google

Perkara yang paling menarik perhatian adalah harga penawarannya yang sangat berpatutan pada kali ini. Harga jualan bagi Pixel 5A 5G dilihat jauh lebih rendah dengan harga sekitar $449 (~RM1902) berbanding harga jualan model sebelum ini pada tahun lepas.

Bagi mereka yang tertunggu-tunggu dengan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro, boleh baca maklumat yang telah didedahkan oleh pihak Google pada awal bulan ini menerusi pautan di bawah. 

Google Dedahkan Dua Buah Model Terbaru Mereka Iaitu Pixel 6 Dan Pixel 6 Pro

Google Secara ‘Tidak Sengaja’ Dedahkan Nama Model Pixel Keluaran 2021

Sumber