Google Maps merupakan salah satu aplikasi yang sering dipakai oleh pengguna ke sesebuah lokasi dengan mudah. Dari segi ciri fungsi yang ditawarkan, ia masih di belakang aplikasi navigasi Waze yang juga menjadi pilihan orang ramai.

Berdasarkan laporan Android Police, Maps juga bakal menyokong sebuah ciri penting bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur. Ciri ini membolehkan Google Maps memaparkan anggaran harga tol bagi sepanjang perjalanan yang dirancang.

vocket-tech-news-toll-1
Sumber: Rojak daily

Notifikasi pemberitahuan bagi ciri ini akan diberikan kepada peserta Google Maps preview minggu ini. Ciri ini sangat penting kepada mereka yang perlu melalui tol setiap hari bagi urusan kerja dan sebahagian tol juga hanya menerima pembayaran secara cashless. Kehadiran anggaran wang digital ini membolehkan pengguna menyediakan baki secukupnya pada perjalanan berikutnya.

Waze walau bagaimanapun sudah menyokong ciri anggaran harga tol di Malaysia ini sejak dari tahun 2019 lagi. Ini merupakan langkah yang bernas kerana sebahagian pengguna lebih selesa menggunakan aplikasi Maps sebagai panduan perjalanan mereka.

Selain daripada itu, Google Maps juga boleh membantu orang cacat penglihatan tiba ke destinasi dengan lebih mudah menerusi penggunaan ciri navigasi suara.

Google Maps Bantu Orang Cacat Penglihatan Tiba Ke Destinasi Dengan Lebih Mudah

https://www.thevocket.com/rakyat-malaysia-lebih-cenderung-gunakan-google-maps-berbanding-waze/