Google Dedahkan Dua Buah Model Terbaru Mereka Iaitu Pixel 6 Dan Pixel 6 Pro

Google telahpun membuat kejutan dengan mendedahkan kedua-dua model telefon pintar terbaru mereka iaitu Google Pixel 6 dan Google Pixel 6 Pro.  Menerusi perkongsian ciapan terkini oleh Google, mereka telah menegaskan berkenaan penggunaan cip pemprosesan yang tersendiri bagi Pixel.

Kedua-dua model ini akan hadir dengan cip pemprosesan terbaru yang direka khas oleh Google yang dinamakan sebagai Google Tensor.

Perkara yang menarik mengenai cip pemprosesan yang dibangunkan oleh Google ini adalah kemampuan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin yang efisien melalui telefon pintar berkenaan bagi pengalaman penggunaan yang lebih menarik. Model ini juga dilengkapi dengan sokongan cip Titan M2 yang didakwa sebagai sekuriti paling terbaik setakat ini.

Model Pixel 6 bakal hadir dengan skrin 6.4 inci FHD+ serta 90Hz refresh rate. Bagi model Pixel 6 Pro pula akan hadir skrin yang yang lebih besar iaitu 6.7 inci berserta 120Hz refresh rate. Rekaan skrin pada model pro boleh dilihat sedikit melengkung pada bahagian tepi berbanding model yang biasa datang dengan skrin yang rata sepenuhnya.

Sumber Gambar: 9to5Google

Pada bahagian kamera pula, Pixel 6 Pro akan disertakan dengan 3 kamera bersama-sama dengan lensa telefoto dan sokongan zoom optikal sehingga 4x manakala Pixel 6 pula yang didatangkan dengan ciri yang sama cuma tanpa sokongan telefoto.

Google masih belum mengumumkan spesifikasi dan harga penawaran buat masa ini dengan jangkaan ia akan dilancarkan telefon pintar ini dalam sekitar bulan September atau Oktober tahun ini. Sama-sama kita nantikan kenyataan penuh mengenai ini daripada Google kelak.

Sebelum inipun, Google sudah pernah mendedahkan kedua-dua model Pixel ini secara tidak sengaja pada borang yang disediakan untuk pembangun.

Google Secara ‘Tidak Sengaja’ Dedahkan Nama Model Pixel Keluaran 2021

Sekadar Retak, Lelaki Ini Kagum Google Pixel 4 Beliau Masih Beroperasi Selepas Jatuh Dari Tingkat 11

 

Exit mobile version