Jika pada bulan lalu tular di Instagram apabila sebuah gambar di Kampung Sahabat, Perlis berjaya dikongsikan laman Instagram Apple, kini tiba giliran gambar di Terengganu mengikuti trend yang sama.

Umum tahu, laman Instagram Apple sememangnya aktif dalam mengongsikan gambar yang diambil pengguna iPhone dalam memaparkan kualiti kamera iPhone melalui hashtag #ShotoniPhone.

Berdasarkan perkongsian @aazmeeriskndr, beliau mengambil gambar ikonik ini pada 28 Ogos 2019 sebelum dikongsikan Apple pada 16 Januari 2020. Difahamkan beliau hanya menggunakan iPhone XR untuk mendapatkan gambar yang penuh dengan penceritaan ini.

Para netizen juga nampaknya sangat berbangga dengan pencapaian lelaki ini yang berjaya termasuk dalam perkongsian gambar Instagram Apple. Berikut merupakan reaksi netizen mengenai perkongsian tersebut.

Screen Shot 2020-01-16 at 12.13.51 PM

Screen Shot 2020-01-16 at 12.12.52 PM

Melihat kepada kekerapan Apple berkongsi gambar pengguna iPhone di Malaysia, sudah pastinya mereka yang berbakat dalam menghasilkan gambar yang terbaik berlumba-lumba untuk muncul dalam laman Instagram Apple.

Kami kongsikan kepada anda gambar kampung di Perlis yang pernah tular pada bulan lalu. Turut dikongsikan, perkongsian gambar Masjid Sri Sendayan Seremban yang diambil menggunakan iPhone 11 Pro berjaya membuatkan netizen teruja.

https://www.thevocket.com/shotoniphone-kampung-sahabat-perlis/

https://www.thevocket.com/lihat-masjid-rm100-juta-sri-sendayan-seremban-yang-diambil-dengan-iphone-11-pro/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20200116

https://www.thevocket.com/ini-mungkin-rekaan-iphone-9-yang-bakal-dijual-dengan-harga-tidak-sampai-rm2000/