GempakStarz merupakan salah satu penerbit novel grafik dan komik terkemuka untuk pasaran tempatan sejak sekian lama. Dengan penawaran pelbagai komik berbentuk fizikal yang bermutu tinggi ditawarkan sekaligus menjadi kegemaran peminat sehingga ke hari ini.
Terbaharu, pihak GempakStarz nampaknya mahu menyertai dunia NFT pula dengan penawaran khas NFT bertemakan Tahun Baru Cina pada kali ini. Menariknya, ia bakal ditawarkan menerusi Shopee yang mana dilihat lebih mudah untuk diakses orang ramai.
Bahkan, pihak GempakStarz sedia menyenaraikan sejumlah karya NFT yang hanya dijual semurah RM18 bagi setiap satu. Buat para pembeli, anda bakal menerima sebuah nombor siri khas yang kemudiannya perlu ditebus melalui laman TRART.
Difahamkan sebanyak 1,080 NFT dengan rekaan biasa disediakan, sementara 120 NFT lagi adalah edisi khas dan 50 NFT lain pula edisi FortuneĀ bersama beberapa kelebihan menarik padanya. Setiap pek yang dibeli bakal menerima grafik secara rawak dan satu paket angpow berupa TRART coin yang boleh digunakan pada platform tersebut.
Bagi anda yang berminat dengan NFT ataupun sememangnya peminat GempakStarz, bolehlah dapatkan NFT ini melalui Shopee bermula 1 FebruariĀ 2022 kelak. Dengan langkah penjualan ini juga, kita mungkin bakal melihat lebih banyak pengkarya menyenaraikan NFT di platform Shopee selepas ini.
Dalam minggu ini juga, sebuah filem berjudul Rompak bakal muncul sebagai filem pertama Asia Tenggara yang menawarkan NFT kepada peminatnya.
‘Rompak’ Bakal Muncul Sebagai Filem Pertama Asia Tenggara Yang Menawarkan NFT
Restoran NFT Pertama Dunia Bakal Dibuka Di New York Pada 2023