NFT sudah menjadi tajuk hangat di seluruh dunia yang sekaligus menarik minat sejumlah pihak untuk menggunakan atau mengintegrasikan ciri NFT pada produk atau servis mereka. Ditambah pula NFT mempunyai nilai yang cukup tinggi bersama jumlah peminat yang kian meningkat pada saban hari telah membuatkan arena tersebut semakin rancak.

Sehubungan dengan itu, pihak Intraday pada kali ini telah mengumumkan bakal menerbitkan sebuah filem pertama di Asia Tenggara yang sedia mengintegrasikan penggunaan NFT dalam menonjolkan keunikan lain dari yang lain. Filem berjudul Rompak ini bakal dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha dan beberapa yang lain.

Dengan kehadiran NFT ini, orang ramai berpeluang membeli NFT untuk filem tersebut dan boleh menikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan padanya. Difahamkan NFT Filem Rompak ini bakal ditawarkan bermula 22 Februari pada pukul 2.22 petang menerusi platform OpenSea.

Berdasarkan laman rasmi IntradayNFT, mereka menyatakan akan menawarkan sebanyak 20% royalti kepada pemegang NFT dalam menawarkan kandungan eksklusif belakang tabir serta menerima kebolehan untuk mengundi siapakah pelakon untuk filem berikutnya pula. Filem Rompak dijangka bakal ditayangkan menerusi Astro First pada Jun 2022 kelak.

Sementara itu, JDT juga sudah mengumumkan mengenai projek NFT menarik khusus buat para peminat pada tahun ini.

JDT Bakal Umumkan Projek NFT Menarik Khusus Buat Para Peminat Pada Tahun Ini

Selangor FC Muncul Sebagai Kelab Bola Sepak Pertama Malaysia Tawarkan Karya NFT

Sumber