Gara-Gara Tidak Lagi Sertakan Aksesori Bersama Kotak iPhone, Apple Berjaya ‘Jimat’ RM27.25 Bilion

Seperti yang ramai sedia maklum, Apple menerusi siri iPhone 12 telah tampil dengan sebuah ‘perubahan’ dalam usaha menyelamatkan alam sekitar dengan tidak lagi menyertakan pengecas dan Apple EarPods bersama. Apple memaklumkan perkara ini berikutan orang ramai sudah memiliki serta boleh digunakan semula.

Hal ini sekaligus membuatkan kotak iPhone hadir dengan saiz yang lebih nipis sekaligus membolehkan Apple menjimatkan ruang penghantaran model mereka ke seluruh dunia kepada lebih 70%. Sebagai perbandingan, Apple turut melabelkan usaha yang dilakukan seolah mengurangkan penggunaan karbon sebanyak setanding 500,000 kereta.

Dalam pada itu, menerusi laporan terbaru yang dikongsikan, usaha Apple nampaknya berjaya membuahkan hasil kerana bukan sahaja dapat menyelamatkan alam sekitar malah turut memberi ‘penjimatan’ kepada Apple sebanyak $6.5 bilion (~RM27.25 bilion) dengan hanya tidak menyertakan pengecas bersama EarPods bersama kotak iPhone.

Sementara itu, mereka yang sudah memiliki pengecas 5W lama Apple atau masih belum memiliki pengecas terpaksa berbelanja sebanyak RM99 dalam mendapatkan pengecas 20W tidak termasuk kabel. Pihak Apple juga turut menawarkan Apple EarPods secara berasingan dengan harga RM99 atau Apple AirPods yang bermula dengan harga RM589.

Sumber: Apple Insider

Meskipun idea Apple untuk tidak menyertakan pengecas bersama EarPods ini pada mulanya dikecam hebat oleh jenama pesaing, nampaknya inisiatif menyelamatkan alam sekitar ini turut menjadi ikutan sekaligus menjadi kebiasaan bagi penawaran telefon pintar pada masa kini.

Ketahui juga cara mengeluarkan duit tanpa gunakan kad di mesin ATM Maybank dengan pantas dan mudah dengan klik pautan di bawah.

Mudah Dan Pantas, Ketahui Cara Keluarkan Duit Tanpa Gunakan Kad Di Mesin ATM Maybank

Ekoran Salah Guna Akaun, Netflix Bakal Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Akaun Yang Berkongsi

 

Sumber
Exit mobile version