Pokemon Go pada suatu ketika dahulu pernah menjadi permainan telefon pintar paling sensasi dunia. Kebiasaannya permainan ini dimainkan pada waktu lapang sahaja tetapi sebaliknya pula tindakan dua anggota polis Amerika Syarikat ini.
Menerusi laporan USA Today, terdapat sebuah kes berkaitan dua anggota polis di Amerika Syarikat telah dipecat selepas dikesan mengutamakan permainan Pokemon Go berbanding panggilan kecemasan rompakan yang diterima. Kes ini berlaku pada tahun 2017 yang lalu dan disebut semula pada tahun ini kerana mereka mahu mencabar keputusan pemecatan itu.
Pada hari kejadian berlaku, difahamkan hari tersebut sememangnya sibuk di mana pihak polis menerima jumlah panggilan yang luar biasa sementara bilangan polis pula yang terhad. Terdapat panggilan kecemasan rompakan yang sedang berlaku dan pihak atasan cuba menghubungi kedua-dua anggota polis yang masih bertugas pada ketika itu.
Namun begitu, tiada sebarang respon yang diterima bagi mendapatkan bantuan tambahan di lokasi kejadian. Kedua-dua polis ini bagaimanapun menyatakan mereka sedang pasang muzik yang sangat kuat menerusi speaker sehingga tidak mendengar panggilan bantuan yang diterima.
Bagaimanapun, tipu helah anggota polis tersebut berjaya dibongkar selepas mendapati rakaman video dalam kereta rondaan tersebut yang mana menunjukkan mereka membuat laporan bahawa di kawasan lain walaupun kebetulan sudah berada berdekatan lokasi kejadian rompakan itu.
Dengan tidak mengendahkan tugasan hakiki mereka, kedua-dua anggota polis ini lebih menfokuskan kepada menangkap Pokemon yang jarang ditemui iaitu Snorlax dan Togetic di dalam permainan Pokemon Go. Rayuan bantahan yang dibuat oleh mereka pada 7 Januari dilaporkan telah ditolak oleh pihak mahkamah sekaligus memastikan kedua-dua polis ini kekal dipecat.
Sementara itu, anda boleh juga meneruskan bacaan lanjut dengan artikel-artikel menarik yang diterbitkan oleh kami.
Jadikan Gambar Sebagai NFT, ‘Selfie’ Harian Lelaki Ini Laris Selepas Tular Di Twitter
5 Fakta Menarik Tentang Tabiat Netizen Malaysia Melayari Media Sosial Pada Tahun 2021
Eminem Sanggup Bayar RM1.87 Juta Untuk Karya NFT Yang Menyerupai Dirinya