Galaxy S23 Ultra Disahkan Akan Jadi Peranti Samsung Pertama Dilengkapi Kamera 200-Megapixel

Sudah hangat diperkatakan tentang Samsung mahu membawakan kamera sebesar 200MP pada siri telefon flagship seterusnya iaitu S23. Kini perkara ini telah disahkan kamera secanggih ini akan disertakan pada model Galaxy S23 Ultra.

Menerusi laman ET News, Samsung sudah mengesahkan dengan rakan kongsi pembuatannya tentang penggunaan sensor kamera utama sebesar 200MP pada model Galaxy S23 Ultra. Telefon dengan teknologi kamera canggih ini dijadualkan bakal menyusul pada tahun hadapan.

Sumber Gambar: Notebookcheck.net

Malah, Samsung Electro-Mechanics dan Samsung Electronics akan menghasilkan kamera 200MP dalam nisbah 7:3. Rakan kongsi Samsung yang lain juga menyertai pembangunan dan pengeluaran yang berkaitan dengan ini.

Untuk memantapkan penjualan siri Galaxy S23 kelak, Samsung turut menyertakan Qualcomm 3D Sonic Max yang mampu mengimbas cap jari dengan lebih pantas serta dijangka bakal menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 secara eksklusif. Model ini juga dijangkakan bakal menerima permintaan mencecah 13 juta unit.

Sebelum ini juga, Samsung dilaporkan tidak akan menggunakan lagi cip Exynos dan diganti dengan cip Snapdragon sepenuhnya.

Tiada Lagi Penggunaan Cip Exynos, Samsung Galaxy S23 Dijangka Hadir Dengan Cip Snapdragon Sepenuhnya

Bill Gates Pilih Guna Samsung Galaxy Fold3 Berbanding Microsoft Surface Duo 2

Exit mobile version