Facebook Memperlihatkan Kaca Mata Pintar Hasil Kolaborasi Bersama Ray Ban

Facebook kini telah melancarkan sebuah kaca mata pintar pertama mereka yang dikenali sebagai Ray-Ban Stories. Pembuatan Ray-Ban Stories adalah hasil kolaborasi di antara pihak Facebook bersama syarikat gergasi pembuat cermin mata, Ray-Ban.

Ray-Ban Stories bakal membenarkan pengguna untuk mengambil gambar dan video, mendengar lagu dan menerima panggilan secara terus melaluinya. Rekaan kaca mata pintar ini tampak seperti kaca mata biasa yang lain namun dilengkapi dengan dua buah kamera sebesar 5MP berserta pembesar suara dan tiga mikrofon yang terbina pada bahagian rangka tersebut.

Sumber Gambar: Techcrunch
Sumber Gambar: Techcrunch

Pengguna perlu menghubungkan Ray-Ban Stories kepada peranti Android atau iOS untuk menikmati fungsi keseluruhan yang ditawarkan. Pengguna berupaya merakam gambar dan video selama 30 saat serta boleh disunting terlebih dahulu menerusi aplikasi Facebook View dan lalu memuat naik ke platform media sosial lain dengan mudah.

Berat Ray-Ban Stories ini hanyalah sekitar 50 gram sahaja dan ianya turut didatangkan bersama bekas pengecas yang diperbuat daripada kulit. Ray-Ban Stories juga dilengkapi dengan sebuah LED khusus yang akan menyala apabila fungsi kamera sedang digunakan. Facebook mengatakan cermin mata pintar mereka mampu bertahan sepanjang hari bagi kegunaan seharian.

Facebook bakal menyediakan lebih daripada 20 gaya kombinasi warna yang boleh didapati dengan harga bermula daripada $299 (~RM1,238) dan hanya akan ditawarkan kepada beberapa buah negara terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama, Facebook juga sudah mahu menghasilkan jam tangan pintar yang dilengkapi pelbagai kemampuan seperti kaca mata pintar terbaru ini.

Facebook Mahu Hasilkan Jam Tangan Pintar Dengan Dua Kamera Pada Tahun Hadapan

Facebook Lancar Horizon Workrooms, Tempat Mesyuarat Maya Yang Nampak Lebih ‘Real’

 

Exit mobile version