Ekoran Ketidakstabilan Ekonomi, OpenSea Terpaksa Membuang Sebanyak 20% Tenaga Pekerja

Nilai kriptowang utama seperti Bitcoin ketika ini mengalami penurunan yang ketara sekaligus memberikan kesan kepada arena NFT. Oleh itu, banyak laman dagangan NFT seperti OpenSea turut menimpa nasib yang sama apabila angka dagangan menurun secara drastik.

Terbaharu, OpenSea selaku laman dagangan NFT terbesar dunia mengumumkan mereka akan mengurangkan sebanyak 20% tenaga pekerja mereka. Hal ini disebabkan oleh penurunan nilai kriptowang secara keseluruhan dan juga krisis ketidakstabilan ekonomi sejak kebelakangan ini.

OpenSea turut mengatakan langkah ini akan membenarkan mereka beroperasi untuk tempoh yang lama dengan dana sedia ada. Pekerja yang dihentikan dijangka akan menerima pampasan serta perlindungan kesihatan untuk suatu tempoh masa.

Walaupun OpenSea baru sahaja menerima suntikan dana sebanyak RM1.3 bilion pada awal Januari tahun ini, ia tidak bermaksud mereka mampu bertahan dengan tahap kewangan yang sedia ada dengan timbulnya pelbagai krisis global semasa ketika ini.

Pengumuman OpenSea ini dibuat selari dengan beberapa syarikat berkaitan kriptowang yang menfailkan muflis serta dalam usaha menggurangkan tenaga kerja pada syarikat masing-masing untuk terus bertahan. Selagi nilai kriptowang di bawah paras yang sepatutnya, arena NFT juga bakal terjejas.

Pada awal bulan ini juga, jualan NFT dilaporkan telah menyusut sehingga 92% buat pertama kalinya dalam 12 bulan.

Jualan NFT Dilaporkan Susut Sehingga 92% Buat Pertama Kalinya Dalam 12 Bulan

Kerajaan Itali Tidak Benarkan Karya Seni Warisan Negara Dijadikan Sebagai NFT

Sumber
Exit mobile version