NFT merupakan satu pembaharuan dalam dunia seni yang mana membenarkan sejumlah artis untuk menawarkan karya secara digital lalu dijual pada platform dagangan. Walaupun terdapat pelbagai syarikat dan negara yang mulai menyertai arena ini, kini negara Itali mengambil langkah sebaliknya.

Terbaharu, Kementerian Muzium Itali kini meminta muzium serta institusi seni di dalam negara untuk tidak menawarkan karya seni warisan negara dalam bentuk NFT. Hal ini kerana mereka mahu memastikan status warisan seni negara ini akan terus terpelihara.

Sumber Gambar: Reddit

Langkah ini diambil selepas wujudnya NFT lukisan Doni Tondo oleh Michaelango dijual dalam bentuk NFT pada harga €240,000 (~RM1.07 juta) oleh Galeri Uffizi di Florence. Perkara ini menimbulkan persoalan siapa kini pemilik sebenar karya tersebut dan adakah NFT bakal menggurangkan nilai seni warisan fizikal yang sedia ada.

Untuk makluman, karya seni yang dihasilkan oleh pengkarya tersohor seperti Donatello, Michaelangelo, Raphael dan Learnando da Vinci yang sudah cukup dikenali seluruh dunia sehingga dinobatkan karya seni warisan negara Itali. Karya-karya ini dianggap sebagai kebanggaan bagi negara Itali kerana menjadi sebahagian daripada sejarah penting dalam dunia seni.

NFT yang dijual oleh galeri terkemuka adalah untuk menampung kos operasi yang tinggi dan juga satu usaha untuk menarik minat orang ramai kepada karya seni. Sementara kerajaan Itali pula mahu memelihara karya agung mereka dari segi nilainya dan juga menggelakkan disalah gunakan untuk keuntungan semata-mata.

Baru-baru ini, seorang selebriti terkemuka iaitu Johhny Depp telah menyumbangkan hasil jualan NFT bernilai RM3.4 juta kepada badan amal.

Johnny Depp Sumbangkan Hasil Jualan NFT Bernilai RM3.4 Juta Kepada Badan Amal

Didakwa Sekadar Gimik, Ratusan ‘Penunjuk Perasaan’ Melakukan Protes Terhadap NFT Di Amerika Syarikat