Para pelajar di Malaysia sedia menanti infromasi terkini tentang program pemberian tablet percuma setelah memohon sejak beberapa bulan lepas. Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, TS Annuar Musa baru sahaja berkongsi kemas kini berkenaan program PerantiSiswa.
Beliau menjelaskan kelewatan ini berlaku disebabkan arahan daripada Kementerian Kewangan yang menuntut K-KOMM membuka tender kedua bagi memperbetul beberapa perkara. Difahamkan Kementerian Kewangan akan melakukan keputusan berkenaan dengan tender kedua ini dalam masa seminggu lagi.
Dalam pada itu, permohonan PerantiSiswa juga akan dibuka sekali lagi dari 1 Ogos sehingga 30 September 2022. Pembukaan permohonan ini bakal meliputi pelajar daripada Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan kolej matrikulasi. Pemberian peranti fasa kedua dijangka dilakukan sekitar Oktober 2022 kelak.
Tarikh penyerahan tablet bagi permohonan fasa pertama tempoh hari sedang dibincangkan dengan pihak universiti namun ia akan berjalan dalam bulan Ogos. Tan Sri Annuar Musa akan berkongsi lebih lanjut tentang PerantiSiswa ini pada Ogos 2022 dalam sidang parlimen kelak termasuklah jenama, spesifikasi, perincian jumlah institusi pengajian dan lain-lain lagi.
Sebelum ini sudah dilaporkan tentang sejumlah sekolah di Malaysia bakal menerima akses rangkaian 5G menjelang 2022 untuk proses pembelajaran yang lancar.
1,000 Buah Sekolah Bakal Menerima Akses Rangkaian 5G Menjelang Penghujung 2022
Syarikat Telekomunikasi Utama Dijangka Tawarkan Servis Rangkaian 5G Seawal September 2022