Anda pernah menonton animasi Yu-Gi-Oh? Inilah masa untuk anda jadi seperti Seto Kaiba di dunia sebenar. Selepas memperlihatkan prototype tahun lalu, Bandai-Namco akhirnya akan mula menjual Duel Disk Yu-Gi-Oh! dengan skala 1:1.

Ianya akan bersaiz 71.5cm yang boleh dipakai di tangan anda seperti yang dibuat oleh Kaiba ketika battle di dalam animasi Yu-Gi-Oh!. Antara feature lain yang sama seperti dalam animasi adalah Monster Zone, Deck Zone, Magic & Trap Zone, dan Monster Graveyard.

Mata ‘nyawa’ anda juga turut boleh diubah dan mempunyai sound effect seperti di dalam animasi. Duel Disc ini akan dijual secara pre-order terlebih dahulu pada harga ¥21,600 (RM790+-).

Duel Disc Yu-Gi-Oh! ini akan berada di pasaran November 2019. Barulah menang dengan bergaya dalam perlawanan kad Yu-Gi-Oh! selepas ini.