Hand of a man using laptop computer for hacking or steal data at night in office. Hacking concept

DragonForce Beri Amaran Ancaman Godaman, Berkemungkinan Tiriskan 40,000 Maklumat Imigresen Malaysia

Ancaman jenayah siber yang semakin meningkat pada saban hari di seluruh dunia perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya berkaitan maklumat peribadi orang ramai. Keupayaan keselamatan siber yang tinggi sangat diperlukan dalam menggurangkan ancaman siber.

Terbaharu, pihak DragonForce Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ancaman pendedahan sebanyak 40,000 maklumat Imigresen Malaysia oleh seorang individu yang menggelarkan diri sebagai Ad4mX dari SynixCyberCrime. Suspek telah menghantar emel mengenainya secara terperinci kepada pihak DragonForce Malaysia.

https://twitter.com/DragonForceIO/status/1479492237528498178?s=20

Emel yang diterima mengandungi ancaman untuk mendedahkan sejumlah 40,000 maklumat Imigresen Malaysia serta berkaitan hasil defacement ke atas laman web Jabatan Agama Islam Perak. Malah, individu ini didapati sudah mendedahkan  sekurang-kurangnya 170 maklumat dan berhasrat untuk mendedahkan selebihnya kelak.

Hasil siastan awal DragonForce mendapati individu berkenaan sudah pernah melakukan serangan ke atas beberapa laman sesawang berprofil tinggi negara ini seperti https://penanghill.gov.my, https//aduan.mpklang.gov.my dan juga https://imi.gov.my.

Sumber Gambar: Twitter

Jika diamati ini merupakan satu ancaman besar terhadap keselamatan siber negara ini yang kini mulai diserang oleh para penjenayah siber untuk mencuri maklumat peribadi pengguna. Perkara berkaitan sekuriti di laman sawang kerajaan dilihat perlu dipertingkatkan lagi bagi menjamin keselamatan daripada dicerobohi dengan mudah pada masa kelak.

Anda sebagai pengguna internet juga perlu ketahui cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa hacker dan scammer dengan klik pautan di bawah.

DragonForce Kongsi Lima Cara Elak Daripada Menjadi Mangsa Hacker Dan Scammer

DragonForce Kongsi Lima Cara Yang Digunakan Hacker Untuk Godam Akaun Media Sosial Pengguna

Sumber
Exit mobile version