Negara Malaysia sedang menuju ke arah pembangunan rangkaian telekomunikasi yang lebih baik buat rakyatnya dengan melantik Digital Nasional Berhad yang merupakan sebuah firma yang bertanggjungjawab berkaitan rangkaian 5G tempatan.
Menerusi temu ramah baru-baru ini oleh TheStar bersama pihak DNB, pihak DNB menyatakan bahawa mereka menyasarkan kelajuan pinggir sel (cell edge) dengan kelajuan 100Mbps. Ini bermaksud seseorang pengguna akan boleh menikmati liputan rangkaian paling minimum pada 100Mbps berbanding sebelum ini sekitar 18Mbps sahaja.
Malah, mereka juga boleh dikenakan penalti sekiranya gagal menawarkan kelajuan sepantas 100Mbps. Difahamkan mereka juga akan menawarkan rangkaian meliputi 500 kawasan di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur bermula akhir tahun ini.
Walaupun begitu, pihak DNB masih sedang berbincang bersama SKMM berkaitan isu pengurangan kelajuan yang akan berlaku kepada pengguna akhir kelak. Kelajuan yang sepatutnya diterima oleh pengguna sepantas 100Mbps sudah pasti akan berkurangan selepas syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi mengawal penawaran pakej dan produknya.
Dalam masa yang sama, kerajaan sedia melancarkan aplikasi panduan pemilihan telco yang terbaik buat pengguna.
Kerajaan Sedia Lancarkan Aplikasi Panduan Pemilihan Telco Yang Terbaik Buat Pengguna
SKMM Perkenalkan Laman JENDELA, Mudahkan Pengguna Semak Kekuatan Liputan Telekomunikasi