October 20, 2019. Barnaul. Russia. Men holding Phone with TikTok logo on the screen. Tik Tok is app to create and share videos

Didakwa Ancam Keselamatan Negara, FCC Gesa TikTok Dibuang Daripada Google Dan Apple

Aplikasi TikTok sehingga kini masih terpalit dengan isu keselamatan data pengguna yang dikatakan telah dicuri dan dihantar ke pengkalan China. Walaupun mereka menyangkal akan dakwaan tersebut, banyak negara memandang serius dengan meneliti secara terperinci.

Terbaharu, salah seorang anggota Suruhanjaya Badan Komunikasi Amerika Syarikat (FCC) iaitu Brendan Carr dilaporkan telah menggesa pihak Apple dan Google untuk menarik keluar aplikasi TikTok dari terus ditawarkan dalam gedung aplikasi mereka.

Sumber Gambar: TelecomTV

Gesaan ini dinyatakan melalui surat yang dihantar kepada kedua-dua CEO syarikat gergasi itu. Dalam kenyataan tersebut, beliau mendakwa TikTok bertindak sebagai aplikasi pemantau yang mengutip data sensitif penggunanya. Malah, syarikat Bytedance di China telah mengakses data pengguna dari Amerika Syarikat sehingga Januari tahun ini.

Untuk makluman, TikTok perlu menggunakan khidmat Oracle untuk menyimpan data pengguna Amerika Syarikat. Namun, data pengguna dari Amerika Syarikat hanya dipindahkan ke pelayan milik Oracle di Amerika Syarikat pada bulan ini.

Carr percaya ByteDance boleh mengakses pelbagai maklumat pengguna di Amerika Syarikat yang boleh membahayakan keselamatan mereka dan negara. Oleh itu, kedua-dua syarikat gergasi diminta untuk mengeluarkan aplikasi TikTok daripada gedung aplikasinya secepat mungkin.

Sebelum ini juga, terdapat laporan berkenaan lapan aplikasi Android yang dikesan mencuri wang daripada akaun pengguna di Malaysia.

8 Aplikasi Android Yang Dikesan Mencuri Wang Daripada Akaun Pengguna Di Malaysia

adidas Fail Saman Terhadap Nike Kerana Didakwa Meniru Teknologi Kasut Dan Aplikasi

Exit mobile version