Melangkah lapan tahun di pasaran dan masih lagi digunakan oleh segelintir pengguna iPhone, siapa sangka iPhone 5 yang dilancarkan pada 2012 kembali menjadi buruan peminat sekaligus membuatkan harganya melonjak melebihi harga jualan sejak mula dilancarkan.

Melalui carian di Ebay, kami dapati iPhone 5 kini dijual dengan harga sekitar $300 (~RM1,294.50) sehingga $800 (~RM3,452.00) mengikut keadaan iPhone tersebut. Sebuah harga yang sangat tinggi dan premium melihatkan harga iPhone 5 sejak mula dilancarkan yang dijual dengan harga bermula daripada RM2,199 sahaja.

iPhone 5 iOS 6

iPhone 5 IOS 6_2

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah yang membuatkan harga iPhone 5 melonjak tinggi. Difahamkan iPhone 5 merupakan model terakhir menggunakan iOS 6 yang hadir dengan antara muka klasik berbanding versi iOS sedia ada.

Hal ini secara tidak langsung membuatkan para peminat dan pengumpul iPhone sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan iPhone 5 dengan iOS 6 yang semakin susah untuk didapatkan ini.

Situasi ini nampaknya tidak berlaku buat pengguna iPhone 5 yang sudah update iOS mereka kepada versi lain yang lebih tinggi. Sekiranya anda mempunyai iPhone 5 dengan iOS 6 mungkin ini masanya untuk anda jual iPhone anda dengan harga yang tinggi.

Ura-ura mengatakan iPhone 12 bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,749 sahaja. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/apple-iphone-12-bakal-ditawarkan-dengan-harga-sekitar-rm2749/?utm_source=thevocket&utm_medium=top10_homepage&utm_campaign=top10_posts

https://www.thevocket.com/5-sebab-iphone-se-berharga-rm1999-mampu-tewaskan-pencabar-apple-yang-lain/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20200505