Apple telah mengumumkan berita kemas kini fungsi Spatial Audio beserta sokongan Dolby Atmos iPhone pada persidangan WWDC21. Fungsi ini akan disediakan secara percuma di platform Apple Music.
Untuk pengetahuan, Apple Music ialah sebuah servis penstriman yang membolehkan anda untuk mendengar lebih daripada 75 juta lagu yang tersedia. Pelbagai fungsi yang ditawarkan termasuklah fungsi memuat turun lagu kegemaran, memainkan secara offline, lirik lagu tersedia secara lansung, penawaran pada pelbagai peranti dan lain-lain lagi.
Walaupun terdapat lebih daripada 75 juta lagu yang tersedia di platform ini, hanya beberapa ribu track lagu sahaja yang mempunyai sokongan Dolby Atmos di iPhone buat masa ini. Sokongan format ini akan ditambah dalam lebih banyak lagu dari semasa ke semasa.
Hal yang demikian, fungsi ini boleh menarik minat kepada mereka yang belum pernah menggunakan Apple Music malah turut memberi kelebihan kepada pengguna Apple Music yang sudah menggunakannya kerana fungsi ini tersedia secara percuma.
Apa itu Dolby Atmos Spatial Audio
Dolby Atmos ialah sebuah inovatif teknologi audio yang memberikan pengalaman yang mempersona dengan bunyi yang dihasilkan. Selalunya apabila anda mendengar lagu melalui headphone, anda hanya dengar di dalam mod stereo sahaja.
Dolby Atmos memberikan komposer muzik untuk mencipta lagu dengan meletakkan vokal dan instrumen di tempat tertentu bagi menghasilkan bunyi seperti persembahan live di pentas. Memetik daripada laman Apple Newsroom, fungsi ini memberikan anda merasai sensasi kualiti muzik sepertimana ia dihasilkan oleh artis di dalam studio.
Cara Apple Audio Spatial dan Dolby Atmos berfungsi ialah dengan menghantar signal dan ditambah dengan filter audio arah untuk melaraskan frekuensi pada kedua belah telinga dan menghasilkan bunyi 3D di sekeliling anda. Idea disebalik efek audio ini untuk meniru pengalaman audio seperti di wayang.
Cara aktifkan Dolby Atmos di iPhone anda
Cara aktifkan Dolby Atmos iPhone melalui langganan Apple Music merupakan langkah pertama yang pengguna buat. Pengguna Apple Music yang pertama kali mencubanya boleh boleh melanggan platform ini secara percuma.
Terdapat beberapa pakej langganan bulanan tersebut di mana pelajar boleh memilih pelan Apple Music Student pada harga RM6.90 manakala pelan langganan bulanan individu pula bermula serendah RM14.90 selepas percubaan percuma selama 3 bulan.
Sementara itu, pakej pelan yang ketiga ialah Family Apple Music di mana anda boleh berkongsi akaun sehingga 5 orang dan setiap ahli boleh dapat akaun sendiri dengan hanya RM22.90.
Pelan Apple Music Family juga termasuk di dalam pelan Apple One yang dicampur dengan tiga servis Apple lain iaitu Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud dengan satu langganan bulanan. Pelan bulanan Apple One bermula serendah dari RM19.90. Fungsi Dolby Atmos ini sedia ditawarkan pada model iPhone 7 dan ke atas sahaja.
Selain itu, Anda tidak perlu menggunakan AirPods atau headphone Beats untuk menikmati fungsi lagu Dolby Atmos ini. Anda boleh menggunakan sebarang headphone dengan hanya mengaktifkan “Always On” di settings iPhone anda mengikut urutan berikut.
- Buka bahagian Settings di iPhone anda.
- Pilih Music.
- Tekan “Dolby Atmos” .
- Tukar Setting kepada “Always On“.
Setelah siap dengan pengaktifan, anda berpeluang memainkan muzik dengan efek Dolby Atmos Spatial Audio di Apple Music. Tambahan pula, apabila anda buka aplikasi Apple Music ia sudah tersedia beberapa senarai pelbagai genre muzik yang telah mendapat sokongan Dolby Atmos ini.
Seterusnya, anda dicadangkan untuk mendengar “Hits on Spatial Audio” dahulu bagi merasai perbezaan Stereo dan Dolby Atmos. Jika ada sebarang lagu atau album yang baru ditambah, anda boleh ketahui muzik yang mempunyai sokongan ini dengan tag kecil “Dolby Atmos” dibawahnya.
Di samping itu, anda boleh menstrim semua muzik dengan sokongan Dolby Atmos tanpa sebarang had. Jika anda ingin mendengar muzik dengan Dolby Atmos iPhone sewaktu tanpa Wi-Fi, anda perlu memuat turun lagu tersebut. Maka, anda turut perlu memuat turun semula lagu yang mempunyai format Dolby Atmos sekiranya lagu simpanan anda sebelum ini tiada format ini.
Malah, anda boleh memastikan segala muat turun pada masa akan datang hanya spesifik versi Dolby Atmos di iPhone dengan buka pada bahagian Settings dan tekan Music lalu aktifkan Download di pilihan Dolby Atmos.
Cara aktifkan Dolby Atmos iPhone ini pastinya menarik minat ramai khususnya para Audiophiles dan pecinta muzik di luar sana. Inovatif yang dibawakan memberi pengalaman baru seperti anda sedang menonton konsert secara live di bilik anda.
Ketahui cara untuk hentikan aplikasi daripada menjejak pengguna di iOS 14.5. Selain itu, anda juga boleh belajar cara untuk install iOS 15 Developer Beta di iPhone.
Ini Caranya Untuk Hentikan Aplikasi Daripada Menjejak Anda Pada iOS 14.5
Bagaimana Cara Untuk Install iOS 15 Developer Beta Di iPhone Anda