Sebagai pemilik bisnes pasti anda pernah menghadapi kesukaran untuk kekal konsisten membuat posting konten pada platform Instagram dan Facebook. Kini anda berpeluang mengetahui cara sistematik menjadualkan perkongsian pada kedua-dua platform sekaligus menerusi Facebook Business Suite.
Bagi mereka yang menguruskan beberapa akaun Instagram dan Facebook sebelum ini perlu memuat naik secara berasingan yang pasti melecehkan. Maka anda boleh menggabungkan akaun kedua-dua platform Instagram dan Facebook menjadi satu akaun yang mudah diuruskan secara serentak.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil tahu sebelum meneruskan langkah yang lebih terperinci. Pertama sekali, anda perlu menukar status akaun Instagram kepada business account dan seterusnya perlu mempunyai Facebook page yang telah dihubungkan kepada Instagram tersebut.
Selepas selesai dua perkara utama di atas, barulah anda boleh mengakses fungsi penjadualan yang tersedia pada platform ini secara percuma sahaja. Antara fungsi yang boleh dimanfaatkan adalah semestinya kemampuan penjadualan yang merangkumi masa siaran konten secara langsung atau berjadual, cipta Stories serta paparan Feed & Grid.
Tambahan pula, anda juga boleh melihat setiap status posting konten di kalendar. Semua fungsi di atas dapat memudahkan meneruskan tugasan yang lebih utama sebagai pemilik bisnes sementara konten akan berjalan secara automatiknya.
Cara-cara menjadualkan posting di Facebook dan Instagram dengan mudah
- Buka Facebook Pages anda.
2. Pilih Business Suite untuk akses fungsi penjadualan.
3. Setelah itu, klik pada Business Suite.
4.Apabila sudah masuk boleh lihat pada bahagian kiri, anda perlu klik pada kolum Post and stories.
5.Pada bahagian Post, terdapat tiga pilihan yang boleh dibuat oleh anda iaitu Published yang mewakili waktu semasa manakala Schedule pula waktu akan datang dan Draft bagi konten yang disimpan untuk suntingan lanjut. Klik Schedule dan seterusnya pergi pada Schedule Post untuk tetapan siaran masa dan waktu berbeza.
6. Tandakan pada kedua-dua Facebook pages dan Instagram.
7. Masukkan konten yang anda mahukan pada kolum Instagram dan Facebook. Bagi Instagram pula, anda masih perlu mematuhi piawaian posting di Instagram pada bahagian tersebut.
Dalam pada itu, beberapa perkara yang anda perlu ketahui berkenaan siaran menerusi fungsi ini. Antaranya adalah Facebook page lebih fleksible dari segi tempoh video dan saiz gambar yang ingin dimuat naik berbanding Instagram. Saiz gambar yang disyorkan bagi konten di Instagram adalah 1000×1000 dan tidak melebihi 10 gambar pada satu post.
Dengan mengetahui cara sistematik menjadualkan perkongsian di kedua-dua platform media sosial bisnes milik anda, semua konten akan lebih mudah diuruskan dari semasa ke semasa. Anda juga boleh kekal konsisten mempromosikan produk dengan lebih efektif secara percuma sahaja.
Sementara itu, anda juga perlu mengetahui laman web untuk satukan pautan di bio media sosial dengan mudah untuk bisnes.
6 Laman Web Untuk Satukan Pautan Di Bio Media Sosial Anda Dengan Mudah
6 Platform Buat Website Sendiri Secara Percuma Menggunakan Telefon Pintar Sahaja