Cara Mudah Stabilkan Video Bergegar Menerusi Aplikasi CapCut Sahaja

Rakaman video yang diambil menerusi telefon pintar terkadang terdapat gegaran yang terlampau kuat atau mungkin juga tiada sokongan penstabilan pada kameranya. Hasil video pula pastinya kurang menarik untuk ditonton . Oleh itu, anda boleh pelajari cara stabilkan video menerusi aplikasi CapCut sahaja.

CapCut merupakan sebuah aplikasi suntingan video yang menjadi pilihan penghasil konten kreatif di luar sana. Aplikasi ini hadir dengan pelbagai fungsi dan filter yang boleh ditambah secara terus pada video yang disunting.

Menariknya, video yang dieksport juga boleh dibuang watermark yang tidak didapati pada aplikasi suntingan lain. Pengguna juga boleh memilih kualiti video yang disunting dengan resolusi yang lebih baik. Anda perlu memuat turun aplikasi CapCut terlebih dahulu di Google Play Store atau App Store secara percuma.

Cara menstabilkan video di aplikasi CapCut

1. Lancarkan aplikasi CapCut dan klik pada New Project.

Sumber Gambar: Aplikasi Capcut

2. Pilih video yang ingin disunting daripada senarai yang diberikan lalu tekan Add.

Sumber Gambar: Aplikasi Capcut

3. Apabila video sudah dipaparkan, tekan pada bahagian garis masa video berkenaan.

Sumber Gambar: Aplikasi Capcut

4. Selepas itu, sejumlah fungsi akan dipaparkan pada bahagian bawah dan slide ke kiri sehingga terpapar ikon Stabilize dan klik padanya.

Sumber Gambar: Aplikasi Capcut

5. Anda boleh tentukan tingkat kestabilan mengikut tahap gegaran sesuatu video berkenaan. Sekiranya terlalu kuat gegaran pada video itu, bolehlah pilih tingkat kestabilan yang paling maksimum.

Sumber Gambar: Aplikasi Capcut

6. Tekan pada tanda checklist di bawah selepas sudah siap memilih tahap kestabilan.

Sumber Gambar:Aplikasi Capcut

7. Akhir sekali, klik pada bahagian anak panah seperti ditunjukkan gambar di bawah untuk eksport video yang telah disunting dan hasil akhir video sedia untuk ditonton.

Sumber Gambar: Aplikasi Capcut

Kini anda boleh hasilkan video untuk tampil lebih menarik semudah menggunakan aplikasi CapCut. Malah, terdapat pelbagai fungsi lain yang anda boleh terokai melalui aplikasi CapCut dalam membuatkan video anda tampil lebih menarik.

Dalam pada itu, anda juga boleh mempelajari cara-cara edit video greenscreen menggunakan aplikasi telefon pintar sahaja.

Cara-Cara Edit Green Screen Guna Aplikasi Telefon Pintar

7 Aplikasi Edit Video Terbaik Android Yang Ditawarkan Secara Percuma

Sumber
Exit mobile version