Setiap pengguna Google Chrome sememangnya menghadapi masalah sukar untuk membuang sebahagian iklan pop ups yang mengganggu sewaktu sedang melihat konten di laman web tertentu. Kini anda hanya perlu mempelajari cara hilangkan iklan pada Google Chrome pada peranti Android seperti berikut.

1. Pertama sekali, anda perlu memasuki halaman utama Google Chrome lalu pergi pada bahagian atas menu dan klik pada tiga titik noktah bagi mengakses tetapan iklan tersebut.

cara hilangkan iklan Google Chrome
Sumber Gambar: Aplikasi Google Chrome

2. Kemudian, anda hanya perlu klik pada bahagian Settings yang terpapar pada senarai itu.

cara menghilangkan iklan google
Sumber Gambar: Aplikasi Google Chrome

3. Menerusi Settings, anda hanya skroll ke bawah sehingga terlihat bahagian Site Settings dan klik padanya untuk mengubah tetapan iklan pop ups yang tersedia secara default.

cara menghilangkan iklan google
Sumber Gambar: Aplikasi Google Chrome

4. Pada paparan Site Settings ini, anda mesti tekan pada Pop-ups and redirects untuk menyahaktifkan fungsi iklan pop ups pada laman web.

Sumber Gambar: aplikasi Google Chrome

5. Akhir sekali, anda boleh tekan pada tetapan untuk menghalang iklan daripada diterima lagi sewaktu melayari internet kelak.

Sumber Gambar: Aplikasi Google Chrome

Selepas ini, anda sudah tidak lagi dapat lihat iklan pop ups sekaligus dapat menikmati pelayaran laman web yang baik. Google sendiri akan menghalang mana-mana iklan yang didapati tidak berguna kepada pengguna tersebut.

Akan tetapi, sekiranya anda masih menghadapi masalah yang sama atau hanya terdapat sedikit pengurangan iklan sahaja selepas mengikuti cara hilangkan iklan pada Google Chrome, terdapat beberapa aplikasi pihak ketiga yang boleh dipasang bagi menghalang pengiklanan daripada terus muncul di halaman laman yang dikujungi. Antara aplikasi yang boleh dicuba seperti Adaway, AdGuard, Adblock plus dan sebagainya.

Difahamkan terdapat sesetengah iklan yang dipaparkan berpotensi mempunyai perisian hasad yang boleh mengganggu sistem operasi peranti anda. Jadi, sebaiknya anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghalang sebarang iklan yang disyaki berkait dengan virus padanya.

Selain itu, pengguna iPhone juga boleh mencuba ciri baharu Google Fit untuk mengukur degupan jantung menerusi kamera dengan mengikuti tutorial di bawah.

Semudah Guna Aplikasi Google Fit, Ini Caranya Ukur Degupan Jantung Menerusi Kamera iPhone

Ini Caranya Mewariskan Akaun iCloud Sekiranya Berlaku Kematian

Sumber