Baru-baru ini, pihak pembangun aplikasi MySejahtera telah mengemas kini dengan fungsi baharu yang membolehkan mana-mana individu boleh memohon dos penggalak untuk memenuhi syarat ke negara lain untuk tujuan umrah dan sebagainya. Pasti ramai yang mahu mengetahui tutorial memohon dos penggalak melalui MySejahtera.
Pelaksanaan pemberian dos penggalak adalah untuk memastikan tahap perlindungan yang optimum terhadap jangkitan COVID-19 yang kini giat diberikan kepada rakyat Malaysia. Berikut merupakan tutorial memohon dos penggalak menerusi MySejahtera yang mudah dan cepat.
1.Buka aplikasi MySejahtera dan klik pada ikon Helpdesk.
2.Tekan pada Mula.
3.Kemudian, anda boleh klik pada butang A untuk memohon janji temu menerima vaksinasi penggalak.
4.Lalu, pilih mana-mana tujuan yang berkaitan dengan anda untuk urusan keluar negara berkenaan.
5.Selepas itu, anda perlu masukkan ID MySejahtera, nombor kad pengenalan atau passport, pilih negara yang ingin dituju dan juga memuatnaik dokumen pengesahan urusan ke luar negara dan akhir sekali klik Seterusnya untuk menghantar permohonan.
Selepas selesai, anda hanya perlu menunggu permohonan diluluskan oleh KKM. Pastikan anda sentiasa menyemak aplikasi MySejahtera untuk mengetahui tarikh temu janji vaksinasi dos penggalak sekiranya sudah ditetapkan. Anda diminta datang pada tarikh yang ditetapkan supaya urusan vaksinasi boleh berjalan dengan lancar.
Untuk makluman, keutamaan akan diberi kepada petugas barisan hadapan, warga emas berumur 60 tahun ke atas, individu yang berusia 18 tahun ke atas dengan komorbiditi, ibu mengandung dan keperluan ke luar negara.
Menerusi informasi terbaharu, individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak kini sudah boleh melakukan pendaftaran secara walk-in juga. Pendaftaran nama dalam senarai menunggu secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) fasiliti kesihatan di seluruh negara akan bermula pada hari ini.
Selain itu, anda juga pasti ingin mengetahui cara ubah ID MySejahtera sekiranya sudah menukar nombor telefon baharu bagi kemudahan pengesahan nanti.
Wanita Ini Kongsi Cara Ubah ID MySejahtera Buat Pengguna Nombor Telefon Baharu
Kemas Kini Terbaru MySejahtera Memerlukan Pengguna ‘Check Out’ Selepas Keluar Dari Premis