BigPay sedia menjadi pilihan pengguna di luar sana untuk membuat pembayaran secara cashless atau menghantar wang ke luar negara dengan mudah pada kadar berpatutan.
Terkini, BigPay telah mengumumkan bahawa platform dompet digital mereka kini hadir dengan fungsi untuk menghantar wang secara terus ke akaun-akaun bank di 38 buah negara di United Kingdom dan juga Eropah.
Sejak pengenalan pada tahun 2019, BigPay sedia digunakan untuk menghantar wang terus ke akaun bank oleh sejumlah negara seperti Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia, China, Vietnam, Bangladesh, Nepal dan Australia.
Dengan pengumuman ini, ciri ini telah diperluaskan ke sejumlah besar negara di Eropah, termasuklah England, Perancis, Jerman, Belgium, Sepanyol dan banyak lagi. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu memasukkan nilai wang yang mahu dihantar, pilih negara dan masukkan butiran akaun bank ke dalam aplikasinya.
Selepas itu, aplikasi BigPay akan menguruskan langkah-langkah seterusnya untuk anda. Untuk masa terdekat ini, BigPay tidak akan mengenakan bayaran untuk penghantaran wang ini untuk membolehkan para pelanggan mereka untuk mencuba ciri baharu itu.
Selain Big Pay, Maybank2U baru sahaja menawarkan ciri menetapkan had transaksi pembayaran FPX harian untuk memudahkan pengurusan wang.
Maybank2U Hadir Dengan Ciri Menetapkan Had Transaksi Pembayaran FPX Harian
AmBank Dijangka Bakal Muncul Sebagai Bank Tempatan Pertama Tawarkan Apple Pay Di Malaysia