Berita baik buat peminat superhero di Malaysia. A&S Distribution Sdn. Bhd selaku pengedar produk elektronik baru sahaja mengumumkan kolaborasi mereka bersama DC Comics dalam menawarkan seleksi produk elektronik edisi superhero.

Mulai dilancarkan pada 2 Oktober lalu, para peminat komik DC berpeluang melihat dan mendapatkan produk elektornik edisi terhad ini di Pameran Konsep Wonder Woman, Ground Floor Center Atrium di SOGO KL pada 2 Oktober hingga 11 Oktober 2020.

IMG_2630

IMG_2713

Antara superhero yang tampil pada rekaan produk elektronik keluaran A&S Distribution Sdn. Bhd adalah Superman, Batman dan Wonder Woman.

Untuk pengetahuan, A&S Distribution Sdn. Bhd merupakan pereka, pengeluar dan pengedar terkemuka produk elektronik di Malaysia. Sejak 2017, A&S tampil untuk mengubah produk elektronik sedia ada kepada rekaan serta fungsi yang lebih moden.

IMG_2709

Jenama ini turut menjadi pilihan pembeli-pembeli muda yang dambakan keperluan elektronik rumah yang unik menerusi rekaan serta teknologi yang penuh dengan ciri inovatif.

Lihat juga beberapa produk lain keluaran A&S Distribution hasil kolaborasi bersama DC Comics.

https://www.thevocket.com/as-distribution-perkenalkan-koleksi-barangan-elektronik-dengan-kolaborasi-bersama-dc/

https://www.thevocket.com/langkah-selamatkan-barang-elektrik-lepas-banjir/

https://www.thevocket.com/5-barangan-terbaru-yang-diperkenalkan-sempena-samsung-forum-2019/