Apple Sedia Tawarkan Komponen Original Kepada Pengguna Yang Mahu Membaiki iPhone Sendiri

Apple sebelum ini dilihat sangat tegas dalam soal membaiki peranti mereka lebih-lebih lagi jika pihak ketiga yang tidak berdaftar secara rasmi bersama Apple. Malah, alat gantian asli yang tidak ditawarkan kepada umum juga membuatkan proses pembaik pulihan menjadi lebih sukar.

Kini Apple sendiri telah memberi solusi dengan mengumumkan program baik-pulih kendiri atau dikenali sebagai Self Service Repair. Menerusi program terbaharu ini, secara umumnya semua pengguna berpeluang mendapatkan komponen untuk produk Apple supaya pengguna boleh membaik-pulih di rumah secara sendiri sahaja.

Sumber Gambar: Apple

Dalam masa yang sama, Apple juga sedia menawarkan buku panduan baik pulih berserta menjual peralatan dan alat gantian asli untuk membaik pulih kepada pengguna. Pada fasa awal program ini, ia bakal menfokuskan modul servis pembaik-pulihan seperti paparan iPhone, kamera dan bateri sahaja.

Di samping itu, Apple memaklumkan bahawa program Self Service Repair ini terhad kepada model iPhone 12 dan iPhone 13 terlebih dahulu manakala model komputer Mac yang dijana oleh cip M1 juga akan turut serta di fasa berikutnya pula. Sekiranya anda risau untuk melakukan sendiri, anda boleh mendapatkan khidmatan juruteknik yang lebih arif.

Sumber Gambar: Apple

Setakat ini, program Self Service Repair hanya ditawarkan di Amerika Syarikat dahulu pada awal tahun 2022 dan sedia diperluaskan ke beberapa negara lain pula. Tindakan ini sekaligus telah membuktikan Apple kini lebih bersifat terbuka di dalam hal pembaik-pulihan yang sebelum ini hanya eksklusif pada pihak tertentu sahaja.

Sebelum ini, didapati pembaikian skrin iPhone melalui pihak ketiga boleh menyebabkan kegagalan Face ID berfungsi selepas itu.

Membaiki Skrin iPhone 13 Menerusi Pihak Ketiga Boleh Menyebabkan Face ID Gagal Berfungsi

Apple Mula Membaiki iPhone Yang Rosak Meskipun Menggunakan Bateri Pihak Ketiga

Sumber
Exit mobile version