Sudah menjadi kebiasaan buat sesetengah individu untuk ‘membedah’ sesebuah peranti seperti iPhone 13 kerana ingin mengetahui sejauh mana tahap kesukaran penggantian komponen apabila rosak. Dalam pada itu, pendedahan terbaharu menunjukkan Apple telah mengubah susunan kompoenen dalaman sekaligus mempunyai proses yang berbeza daripada sebelumnya.

Menerusi perkongsian iFixit, iPhone 13 mempunyai ciri baharu yang membolehkan Face ID tidak boleh berfungsi apabila anda mengantikan skrin menerusi pihak ketiga. Hal ini kerana telefon pintar tersebut mempunyai cip kecil yang di pasang padanya yang berfungsi sebagai kad identiti kepada komponen tertentu dengan kod siri unik.

Oleh yang demikian, hanya juruteknik daripada pihak Apple sahaja yang mempunyai akses perisian Apple Services Toolkit 2 yang boleh menghidupkan skrin baharu yang dipasang dengan log masuk ke pelayan awan Apple untuk memadankan nombor siri telefon dan skrin tersebut.

Walaupun terdapat sebahagian kedai membaiki iPhone yang menjumpai solusi berkaitan isu tersebut, ia masih suatu perkara yang sukar kerana terpaksa melalui proses yang sangat rumit untuk melakukannya. Hal ini sekaligus bakal menyukarkan pengguna mendapatkan servis pengantian skrin pada harga yang lebih rendah menerusi pihak ketiga.

Di samping itu, tahukah anda kos sebenar untuk penghasilan sesebuah Apple iPhone 13 Pro cuma sekitar RM2,381?

Kos Untuk Hasilkan Apple iPhone 13 Pro Cuma Sekitar RM2,381 Sahaja

iPhone Mungkin Hadir Tanpa Port Pengecas Selepas Ini Disebabkan Polisi Baharu Eropah

Sumber