Nampaknya setelah lama dinantikan para peminat Apple, syarikat ini pada hari ini telah mengeluarkan sebuah jemputan rasmi secara tertutup mengenai acara pelancaran model terbaru mereka.

Seperti setiap tahun, aturcara yang dijalankan pada bulan September ini bakal menampilkan beberapa model terbaru menampilkan iPhone dan iPad. Pada tahun ini aturcara ini dibuat para 10 September manakala waktu Malaysia adalah pada 11 September 2019.

Menggunakan tagline ‘By innovation only’ serta gabungan warna yang berbeza pada logo Apple, para peminat jenama ini menjangkakan Apple bakal memperkenalkan seleksi warna terbaru bagi iPhone XR versi terbaru.

Selain itu, rekaan iPhone 11 yang hadir dengan tiga kamera beserta rekaan kamera berbantuk segi empat bakal terjawab melalui acara ini. Sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan yang bakal dibawakan Apple pada kali ini untuk menyaingi Samsung dan Google.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Apple iPhone terbaru? Artikel dibawah ini pastinya menarik perhatian anda.

https://www.thevocket.com/apple-iphone-xr-bakal-ditawarkan-dengan-harga-tidak-sampai-rm3000/

https://www.thevocket.com/pandang-pertama-apple-iphone-11-dengan-tiga-kamera-belakang/

https://www.thevocket.com/model-terbaru-apple-mungkin-dinamakan-sebagai-iphone-11-pro/