Apple Rancang Untuk Lancarkan MacBook Air Dengan Cip M2 Pada Acara WWDC 2022

Seperti kita sedia maklum, Apple bakal mengadakan acara WWDC 2022 pada awal minggu hadapan yang mana dijangka terdapat pelbagai kemas kini merangkumi perisian dan sistem operasi yang diumumkan.

Selaras dengan itu, kini sudah hadir spekulasi yang mana MacBook Air baharu dirancang untuk diperkenalkan pada acara tersebut. Bagaimanapun, Apple mungkin menangguhkan pengenalannya jika masalah kilang di China masih berlarutan.

Sumber Gambar: Global Times

Sekiranya semua berjalan lancar, ramai menjangkakan dapat melihat MacBook Air baharu yang berkemungkinan menggunakan cip Apple M2. Selain itu, ia juga mungkin hadir dengan rekaan bingkai yang lebih nipis serta menyokong sambungan MagSafe.

Setakat ini, Apple sedia menghadapi masalah untuk penawaran stok MacBook Pro sehingga terpaksa memberi tempoh penghantaran mencecah dua bulan lamanya. Jadi, agar sukar buat Apple untuk memenuhi permintaan yang banyak dalam masa yang sama jumlah pengeluaran yang terhad.

Selain itu, Apple juga dikatakan mungkin tidak memperkenalkan set kepala AR pada acara kali ini kerana mahu elak ditiru oleh pesaing.

Mahu Elak Ditiru Pesaing, Apple Mungkin Tidak Perkenalkan Set Kepala AR Pada WWDC Kali Ini

Apple Dijangka Bakal Lancarkan Siri iPhone 14 Dan AirPods Pro 2 Pada 13 September Ini

Sumber
Exit mobile version