Syarikat Apple mempunyai perkembangan saham yang positif pada saban tahun. Apple kini dilihat sudah mencatatkan rekod tersendiri selepas berjaya mencapai nilai pasaran sebanyak $3 trillion (~RM12.5 trilion) yang mana harga unit sahamnya mencecah $182.86 (~RM764.50).
Hasil pergerakan positif harga saham mereka sekaligus menjadikan mereka sebagai syarikat pertama di dunia yang berjaya mencapai nilai pasaran RM12.5 trilion. Pencapaian ini juga bukan hanya dilihat sebagai simbolik sahaja bahkan ia menunjukkan pelabur kekal yakin pada saham Apple dan keupayaannya untuk berkembang.
Peningkatan nilai saham ini juga didorong oleh permintaan barisan model iPhone 13 dan juga servis langganan yang mempamerkan prestasi baik yang konsisten. Pendapatan syarikat suku terbaharu meningkat 29% tahun ke tahun yang lanjut ditambah pula jualan iPhone meningkat sebanyak 47% pada tahun ini.
Dalam masa yang sama, ramai pelabur juga melihat nilai saham ini bakal meningkat oleh kerana perkembangan penerokaan produk baharu oleh Apple seperti set kepala AR dan automotif dalam beberapa tahun mendatang. Secara keseluruhannya, stok Apple telah meningkat sehingga 34% pada tahun 2021.
Terdapat jangkaan Apple sedia menawarkan set kepala mulai tahun ini dengan harga mencecah RM16,746.
Apple Mungkin Tawarkan Produk Realiti Maya Dengan Harga Mencecah RM16,746
https://www.thevocket.com/bekas-naib-presiden-porsche-chassis-sertai-projek-apple-car/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20220104