Ditawarkan Pada Harga RM16,799, Apple Lancarkan Mac Studio Dengan Cip M1 Ultra

Pada acara pelancaran kali ini, pihak Apple turut memperkenalkan cip Apple M1 Ultra yang cukup berkuasa tinggi. Cip pemprosesan ini bakal disertakan pada komputer pertama mereka yang dikenali sebagai Mac Studio.

Untuk makluman, cip Apple M1 Ultra ini merupakan gabungan dua cip M1 Max yang sedia menawarkan prestasi yang jauh lebih bagus dengan menggunakan teknologi Ultra Fusion. Berikut merupakan spesifikasi serta harga yang sedia ditawarkan untuk Mac Studio kali ini.

Apple Mac Studio

Sumber Gambar: Apple

Apple Mac Studio hadir dengan rekaan kompak untuk memudahkan ia diletakkan pada meja anda dengan menggunakan ruang kecil sahaja. Prestasinya dikatakan 80% lebih tinggi berbanding MacBook Pro yang sedia ada di pasaran. Apple turut mengatakan ia hadir dengan aliran udara berserta hampir tiada bunyi dengan penggunaan rekaan cip berasaskan ARM.

Dari segi port pula, model ini disertakan empat USB-C Thunderbolt pada bahagian belakang serta terdapat sambungan USB-A, HDMI dan Ethernet dan hadir sokongan WiFi 6 bersama untuk memudahkan para pengguna mengakses sambungan internet yang pantas.

Sumber Gambar: Apple

Menariknya, pada bahagian depan juga turut disertakan dengan sambungan dua port USB-C Thunderbolt 4 bersama ruangan untuk kad MicroSD yang sekaligus memudahkan proses pemindahan fail pantas saiz sebesar 40GB dalam sesaat sahaja. Apple Mac Studio akan menawarkan prestasi lebih tinggi berbanding Mac Pro sebelum ini.

Dari segi sokongan, Mac Studio menawarkan memori sehingga 128GB RA serta storan berasaskan SSD kapasiti sehingga 8TB. Secara kasar, ia berupaya menawarkan prestasi sehingga 80% lebih tinggi berbanding Mac Pro.

Di Malaysia, Mac Studio sedia ditawarkan pada harga bermula RM8,799 untuk cip M1 Max dan cip yang lebih berkuasa iaitu M1 Ultra akan dijual pada harga bermula RM16,799.

Selain itu, Apple dijangka akan memperkenalkan model Mac terbaru bersama cip M2 pada tahun ini.

Apple Dijangka Memperkenalkan Model Mac Terbaru Bersama Cip M2 Pada Tahun Ini

iPhone 14 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Baharu Beserta Penyertaan Kamera Pada Atas Skrin

Sumber
Exit mobile version