Pengeluaran Apple AirPods, fon telinga tanpa wayar telah berjaya menguasai pasaran teknologi dengan memperolehi 60% jualan daripada jumlah pasaran yang lain.
Populariti Apple AirPods ini telah disahkan melalui laporan Counterpoint Research dengan mencatatkan Apple Airpods ini sebagai fon telinga tanpa wayar yang paling popular di pasaran pada suku pertama tahun 2019 ini.
Walaubagaimanapun, Apple masih lagi menghadapi persaingan sengit daripada pesaing antarabangsa seperti syarikat-syarikat Samsung, Jabra, iQ Podz dan JLab yang juga merupakan pasaran terbaik di Amerika Utara.
Malah, Apple juga telah mengeluarkan Powerbeats Pro dalam usaha untuk memperluaskan dan meningkatkan lagi pasaran mereka dengan mengeluarkan lebih banyak fon telinga tanpa wayar.
Baca lagi: Lihat Pandang Pertama ‘PowerBeats Pro Wireless’ Oleh Apple