Kebiasannya apabila sesebuah akaun Facebook telah digodam pasti suspek akan cuba untuk memburukkan individu atau entiti tersebut. Dalam pada itu, perkara sebaliknya terjadi apabila penggodam akaun rasmi tentera laut Amerika Syarikat memilih untuk stream game secara langsung menerusinya.
Menurut laman Task & Purpose, akaun rasmi tentera laut Amerika Syarikat iaitu USS KIDD (DDG-100) telah digodam seseorang individu untuk beberapa hari pada minggu lalu.
Penggodam bukan sahaja telah stream permainan Age Of Empires pada akaun Facebook semata-mata, malah turut menukar status akaun menjadi Gaming Video Creator.
Lebih mengejutkan, suspek telah berjaya stream sesi permainan menerusi akaun tersebut untuk beberapa kali sejak 3 Oktober sehinggalah 7 Oktober yang lalu. Walau bagaimanapun, video sesi penstriman yang disimpan mulai dikesan telah dipadam pada 10 Oktober yang menunjukkan pihak tentera laut berjaya mengambil alih semula akaun tersebut.
Dalam masa yang sama, terdapat beberapa komen daripada para netizen yang ditinggalkan oleh pengikut akaun Facebook tersebut yang berasa bingung dengan tindakan individu yang stream permainan video pada ketika itu.
Sebahagian pengguna menganggap ia hanyalah kesilapan teknikal daripada anak kecil yang bermain secara tidak sengaja dan diikuti juga spekulasi akaun tentera laut yang telah digodam.
Pihak tentera laut telah berkerjasama dengan Facebook dalam mengatasi masalah serangan yang dihadapi pada tempoh hari yang lalu. Setakat ini, mereka hanya menyatakan individu terbabit telah mendapat akses secara tidak sah bagi mengambil alih akaun Facebook berkenaan.
Sebelum ini juga, pihak DragonForce pernah berkongsi lima cara yang digunakan hacker untuk menggodam akaun media sosial seseorang.
DragonForce Kongsi Lima Cara Yang Digunakan Hacker Untuk Godam Akaun Media Sosial Pengguna
DragonForce Kongsi Lima Cara Elak Daripada Menjadi Mangsa Hacker Dan Scammer