Sina Estavi, seorang ahli perniagaan yang bertapak di Malaysia mendedahkan alasannya untuk membeli ciapan pertama bos dan pengasas Twitter, Jack Dorsey bernilai USD $2.9 juta (RM12 Juta) adalah kerana ia menganggap bahawa itu adalah pelaburan yang baik.

Kata Estavi, ciapan pertama itu adalah sejarah peradaban manusia di dunia digital dan kemungkinan harganya bakal melambung lebih tinggi pada 50 tahun kemudian. Dia turut membandingkan pembelian terbabit dengan karya agung seniman Leonardo da Vinci iaitu Mona Lisa

Ciapan pertama yang berbunyi, “just setting up my twttr,” pada tarikh 21 Mac 2006 itu dianggap sebagai aset berharga bagi pakar dan ia mula dilelong untuk sebuah yayasan bernama Give Directly’s Africa Responce.

Estavi, seorang pengarah eksekutif syarikat cryptocurrency bernama Bridge Oracle, membelinya dengan harga USD$ 2.9 juta dolar AS. Dilaporkan oleh BBC pada hari Khamis, Estavi membelinya menggunakan ethereum, cryptocurrency yang menyaingi bitcoin.

Tambah ahli perniagaan berusia 29 tahun itu, bahawa rakan-rakan dan para pelabur gembira dengan pembelian terbabit kerana mereka tahu nilainya dan berapa harga ciapan terbabit di masa hadapan dan berapa banyak kesannya kepada media sosial.

Manakala bagi Cathy Hackl, seorang pakar media sosial. Beliau berpendapat bahawa membeli ciapan pertama Twitter itu umpama membeli koleksi buku-buku yang jarang terdapat di pasaran. Dengan erti kata lain, ia adalah pelaburan yang bijak.

Netizen mahu akaun Twitter Netflix Malaysia guna bahasa kebangsaan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

https://www.thevocket.com/netizen-mahu-akaun-twitter-netflix-malaysia-guna-bahasa-kebangsaan/

https://www.thevocket.com/akaun-twitter-netflix-malaysia-mula-membuat-ciapan-dalam-bahasa-kebangsaan/

https://www.thevocket.com/janna-nick-tutup-akaun-instagram-dan-twitter-selepas-didakwa-persenda-artis-k-pop/