adidas baru-baru ini dilaporkan sudah pun berkerjasama dengan tiga ikon terkemuka di dalam arena NFT iaitu Bored Ape Yacht Club, Gmoney dan PUNKS Comic untuk memajukan cita-cita dunia metanya. Kini mereka secara rasminya telah memasuki dunia meta dengan pelancaran koleksi NFT sulungnya yang dicipta hasil kerjasama bersama.
Koleksi NFT ini dinamakan sebagai “Into the Metaverse” yang bakal dijual bermula 17 Disember melalui laman rasmi Adidas pada harga 0.2 ETH bersamaan $3,997 (~RM16,755) pada masa penulisan ini. adidas juga dilaporkan sudah membeli NFT Ape #8774 yang kemudiannya ditambah logo ketiga-tiga rakan kongsi tersebut bersama logo adidas.
#NewProfilePic pic.twitter.com/Dve8TbXT9k
— adidas Originals (@adidasoriginals) December 2, 2021
adidas telah mendedahkan bahawa aset digital akan berfungsi sebagai token akses yang menjanjikan sejumlah kelebihan kepada para pemilik NFT itu. Ini termasuklah akses eksklusif pemegang kepada barangan pada masa depan, produk dan perkhidmatan fizikal dan digital menerusinya.
Koleksi NFT ini terhad kepada 30,000 unit sahaja di mana setipa satunya berharga 0.2 ETH sahaja. Menariknya, pemegang juga mempunyai akses koleksi barangan fizikal seperti hoodie dan seluar trek kolaborasi khas secara percuma yang boleh dituntut mulai tahun 2022 kelak.
Bahkan, pemegang turut boleh mendapatkan ganjaran di dalam dunia adiVerse yang bakal dibuka pada tahun 2022. Pihak mereka juga sedang berusaha untuk mengisi kandungan dan pengalaman eksklusif. Sementara pakaian fizikal dan digital pula akan tersedia untuk pemilikĀ Into the Metaverse NFT pada tahun 2022 kelak.
Selain itu, Nike juga tidak ketinggalan di dalam kehangatan NFT dengan memperolehi studio RTFKT untuk cita-cita dunia meta mereka.
Nike Berjaya Peroleh Studio Pembuat Koleksi Kasut Dan Fesyen Digital Untuk Dunia Meta, RTFKT
adidas Sahkan Kerjasama Dengan Syarikat Coinbase Untuk Sertai Metaverse