Rekaan kabel iPhone memang diakui sangat bergaya dan cantik. Namun, sayangnya tidak mempunyai ketahanan yang tinggi. Majoriti pengguna iPhone mengakui kabel yang disediakan sangat mudah untuk rosak walaupun hanya baru digunakan .

Terdapat beberapa penjelasan mengapa kabel yang disediakan oleh Apple dilihat mudah rosak berbanding jenama lain. Secara puratanya, jangka hayat kabel iPhone dianggarkan hanya mampu bertahan sekitar 6 bulan sahaja sebelum anda perlu ganti yang baru.

Punca kualiti kabel Apple mudah rosak

  • Menyingkirkan penggunaan PVC pada produk Apple
vocket-apple-kabel-1
Sumber Gambar: Apple Explained

Pada tahun 2007, mendiang Steve Job mengambil inisiatif untuk memastikan produk Apple yang dihasilkan lebih mesra alam dengan membawa slogan ” A Greener Apple“. Apple telah menyingkirkan bahan utama dalam pembuatan kabel mereka iaitu polyvinyl chloride(PVC).

PVC merupakan satu polimer termoplastik yang ekonomik dan sangat versatile bagi kegunaan pelbagai industri seperti pembinaan, pembuatan wayar, alat perubatan dan sebagainya.

Apple berhasrat untuk membuang segala bahan yang boleh mendatangkan kerosakan atau pembuangan toksik yang terkandung di dalam produk mereka. Penggunaan PVC sangat meluas di dalam penghasilan kabel wayar kerana ia mempunyai ketahanan tinggi dan kuat. Justeru, perkara ini menyebabkan kualiti kabel dan aksesori Apple telah jatuh merundum.

Selain itu, bahan yang digunakan pada kabel iPhone hari ini ialah sejenis getah yang nipis. Pemilihan bahan ini menjadikan ia sangat rapuh dan tidak fleksibel. Suhu yang ekstrem juga boleh memberikan kepada struktur kabel ini.

  • Membuat perubahan rekaan pada kabel
vocket-apple-kabel-2
Sumber Gambar : Apple Explained

Sementara itu, punca kabel iPhone sering rosak juga disebabkan oleh rekaan yang ditukar untuk tampil lebih bergaya. Semua ini berubah apabila pasukan yang bertanggungjawab dalam rekaan barangan Apple mengambil keputusan untuk mengubah rupa bentuk kabel pada waktu ketika itu. Rekaan kabel pada masa itu kelihatan tidak cantik dan menarik.

Lalu, mereka membuat keputusan untuk menggantikan bahagian hujung kabel dengan dengan getah nipis bagi tujuan estetik semata-mata. Bahagian kejuteraan Apple hanya membiarkan rekaan tersebut dipakai walaupun mempunyai risiko yang untuk rosak disebabkan tiada “pengikat” di antara kepala kabel dan wayar.

Langkah mengelakkan kabel iPhone anda dari rosak

1. Berhati-hati sewaktu gulung kabel.
vocket-kabel-iphone-7
Sumber Gambar: TheVerge

Apabila anda melemparkan kabel iPhone di dalam bag boleh menyebabkan ia mudah terbelit. Pada waktu yang sama, jika anda menggulung kabel dengan genggaman yang sangat kuat juga bukan satu praktik yang baik untuk jangka masa panjang.

Hal ini kerana komponen dalaman kabel ini mudah untuk terbengkok dan rosak apabila tidak berhati-hati sewaktu mengendalikannnya. Ini akan mengakibatkan kabel anda mula terbelah pada bahagian hujung dan memberi implikasi kepada proses pengecasan kelak.

2. Kedudukan kabel yang tidak sesuai
vocket-kabel-5
Sumber Gambar: iMore

Antara punca kabel pengecasan menjadi mudah untuk rosak ialah kedudukan wayar yang sering terhimpit oleh disebabkan ruang yang terhad atau tekanan yang kuat di bahagian  sambungan port.

Elakkan mengecas telefon dalam keadaan tergantung kerana wayar tersebut akan menjadi tegang yang akan menyebabkan ketahanan struktur kabel menjadi renggang.

Pastikan posisi wayar anda tidak terlalu senget atau terlalu tegang apabila disambungkan pada charger. Hal ini bagi mengurangkan rintangan kepada wayar dan memberi ruang secukupnya.

3. Tanggalkan kepala kabel dengan cermat selepas pengecasan
vocket-kabel-iphone-header
Sumber Gambar: Says

Apabila anda sudah selesai mengecas iPhone, pastikan anda pegang pada hujung port bagi mengurangkan tekanan struktur pada kabel tersebut. Ini kerana pada bahagian hujung kabel tersebut merupakan kawasan yang mudah untuk rosak.

4. Menggunakan kabel daripada jenama yang dipercayai
vocket-kabel-iphone-3
Sumber Gambar: GQ

Anda juga boleh mendapatkan kabel yang lebih tahan lasak daripada jenama-jenama lain di pasaran. Malahan, struktur binaan kabel yang ditawarkan lebih kuat dan berbaloi. Antara jenama-jenama yang dipercayai dan mendapat kelulusan Apple seperti Ugreen, Aukey, Anker dan lain-lain lagi.

Anda disarankan untuk menggunakan kabel yang disahkan oleh MFI daripada jenama yang dipercayai. MFI ialah sebuah program pelesenan yang diberi kepada pembangun perisian atau perkakasan oleh pihak Apple. Syarikat yang mendapatkan MFI certified telah mendapat persetujuan oleh pihak Apple bagi mengeluarkan produk yang boleh digunakan untuk semua peranti Apple.

5. Guna pelindung kabel

vocket-kabel-iphone-6
Sumber Gambar: Lazada

Terdapat pelbagai warna dan rekaan yang menarik boleh dipakai pada kabel iPhone. Saiz yang kecil dan selalunya diperbuat dari getah atau silikon akan diletakkan pada hujung kabel yang berdekatan port.

Hal ini bagi mengurangkan tekanan yang kuat atau lekukan pada bahagian hujung yang sering berlaku pada aktiviti seharian.

Permohonan paten rekaan kabel pengecas yang baru oleh Apple

vocket-kabel-iphone-1
Sumber Gambar: USPTTO

Pada bulan 4 Februari yang lalu, Apple telah mempatenkan satu rekaan kabel yang baru bagi menyelesaikan masalah ketahanan yang dihadapi selama ini. Dipetik daripada Gadget360, permohonan paten “Cable with Variable Stiffness” serta termasuk rekaan kabel tersebut telah dibuat oleh Apple. Tambahan pula, kabel ini dilindungi dengan beberapa lapisan dari dalam untuk menambahkan ciri ketahanan pada bahagian hujung tersebut.

vocket-kabel-iphone-2
Sumber Gambar: Mac Rumor

Rekaan kabel pengecas yang baharu bakal hadir dengan struktur yang lebih tebal dan kukuh. Malahan, Apple juga merancang untuk menggunakan bahan yang lebih padat pada bahagian pengecas serta akan menguatkan lagi binaan kabel ini.

Nampaknya,  syarikat Apple berusaha untuk membuat perubahan pada kualiti kabel pengecasan bagi menyelesaikan isu ketahanan yang telah lama berlaku. Mari kita lihat jika Apple akan menawarkan kabel pengecasan baru pada tahun ini.

Anda juga boleh mempelajari cara menghentikan aplikasi dari membuat jejakan pada iOS 14.5. Selain itu, anda boleh mengetahui cara menjaga battery health supaya tidak cepat turun.

Ini Caranya Untuk Hentikan Aplikasi Daripada Menjejak Anda Pada iOS 14.5

Bagaimana Menjaga Battery Health iPhone Anda Supaya Tidak Cepat Turun