6 Platform Buat Website Sendiri Secara Percuma Menggunakan Telefon Pintar Sahaja

Pada masa kini orang ramai sudah berpeluang menjalankan bisnes dalam talian. Untuk mengembangkan bisnes agar diketahui ramai, anda memerlukan sebuah laman web yang profesional sebagai lambang identiti sendiri. Namun, perkara ini dianggap susah memandangkan kos membuat laman web yang mahal atau mungkin tidak tahu cara-cara buat website sendiri.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh @cikguseo, terdapat sejumlah website builder yang boleh digunakan secara percuma dan boleh diakses melalui telefon pintar sahaja. Menariknya, laman web yang dibangunkan mempunyai kriteria yang lengkap sebagai mesra SEO. Berikut adalah 6 plaform buat website sendiri secara percuma melalui telefon pintar sahaja.

1. Weebly

Sumber Gambar: Weebly

Weebly telah lama wujud dan menjadi pilihan yang popular untuk mereka yang berminat untuk membangunkan laman web secara sendiri. Ditambah pula dengan pelbagai fungsi serta rekaan yang menarik disediakan.

Hadir dengan page builder membenarkan pengguna mengubah suai laman web yang dibina tanpa memerlukan skill coding. Fungsi drag dan drop memudahkan lagi proses menyunting pada rekaan laman web berkenaan.

Weebly juga hadir dengan sokongan e-commerce yang sedia terbina bagi memudahkan pengguna untuk membina kedai dalam talian. Didatangkan pula dengan fungsi borang, galeri gambar, sliders dan sebagainya bagi menambah elemen yang menarik. Weebly sangat sesuai digunakan oleh pengguna yang baru berjinak dengan binaan laman web.

Pro

Cons

Harga: Percuma dan terdapat langganan pakej harga serendah RM50 sahaja.

2. Wix

Sumber Gambar: Wix

Wix merupakan salah satu web builder yang terkenal dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Hal ini disebabkan ia mudah digunakan serta kombinasi fungsi yang disediakan yang cukup lengkap untuk menghasilkan laman web.

Anda boleh mengakses lebih beratus template yang boleh digunakan untuk rekaan laman web yang dicipta. Setiap template boleh diubah sepenuhnya dengan fungsi drag dan drop melalui alatan pembina yang tersedia. Terdapat fungsi AI yang akan bantu membina laman web dengan cantik mengikut kategori yang dipilih.

Anda boleh menambah fungsi dan ciri tambahan yang disediakan oleh pihak Wix pada laman web tersebut. Selain itu, laman web yang dibina boleh memaparkan konten dengan baik mengikut skrin resolusi setiap peranti. Terdapat fungsi sekuriti yang disediakan bagi setiap pelan yang tersedia.

Pro

Cons

Harga: Percuma dan terdapat langganan pakej harga serendah RM35 sahaja.

3. Ucraft

Sumber Gambar: Ucraft

Ucraft bukanlah sebuah website builder yang dikenali buat masa ini tetapi merupakan salah satu alternatif yang sangat baik buat pengguna di luar sana. Penyedia web binaan ini lebih menfokuskan kepada pengguna yang mahu menonjolkan visual yang menarik pada laman web yang dibina.

Selain itu, Ucraft turut menyediakan fungsi latar belakang video serta sejumlah alatan suntingan gambar dan penempatan elemen. Pengguna juga boleh menambah elemen ke dalam laman web seperti meletakkan blok. Dari segi sekuriti pula telah tersedia dengan SSL certificate.

Terdapat lebih daripada 80 template yang disediakan dengan rekaan moden serta mudah disunting oleh pengguna. Laman web yang terhasil daripada web builder ini akan kelihatan lebih moden yang boleh meningkatkan kepercayaan pelanggan pada sesebuah jenama tersebut.

Pro

Cons

Harga: Percuma dan terdapat langganan pakej harga serendah RM42 sahaja.

4. Site123

Sumber Gambar: Site123

Seperti namanya Site123 menjadi simbolik betapa mudahnya proses membina laman web sendiri melalui platform ini. Menerusi 3 langkah iaitu memilih rekaan web, tambah konten dan laman web sudah boleh berfungsi.

Memaparkan tutorial sepanjang proses binaan laman web merupakan fungsi yang bagus buat pengguna yang baru. Kelainan yang terdapat pada website builder ini adalah tiada fungsi drag dan drop yang biasanya wujud di binaan laman yang lain.

Sebaliknya, ianya menggunakan menu yang disediakan mengikut sektor yang dipilih. Antara muka laman web yang dibina boleh disesuaikan dengan mobile view secara automatiknya. Terdapat perisian pengiklanan yang boleh dipasang di laman web berkenaan.

Pro

Cons

Harga: Percuma dan terdapat langganan pakej harga serendah RM24 sahaja.

5. Jimdo

Sumber Gambar: Jimdo

Jimdo pula sebuah platform yang menyediakan binaan laman web daripada aspek bisnes, blog dan sebagainya dengan mudah. Platform ini memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pengguna bagi mereka laman web mengikut minat tersendiri.

Rekaan antara muka alatan suntingan yang tersusun menjadikan ia mudah dinavigasi. Pengguna boleh menambah sebarang elemen dengan hanya satu klik sahaja. Tetapi sayangnya template yang ditawarkan sangat terhad dan rekaan yang lapuk.

Buat masa ini, Jimdo membenarkan sebarang jualan di laman web yang dibina dengan spesifik templat yang disediakan seperti kupon, promosi dan checkout. Pengguna juga boleh menggunakan fungsi AI yang boleh membina laman web dalam mcasa 3 minit sahaja.

Pro

Cons

Harga: Percuma dan terdapat langganan pakej harga serendah RM38 sahaja.

6. Cardd

Sumber Gambar: Cardd

Cardd merupakan sebuah platform web builder yang sangat responsif bagi kegunaan yang ringan. Pengguna sudah boleh buat website sendiri dalam masa yang singkat dan menghasilkan sebuah laman web yang profesional.

Pengguna boleh memilih lebih daripada 75 template mengikut kesesuaian subjek. Antara muka yang intuitif menjadikan proses suntingan yang pantas. Setiap alatan sudah dilabel untuk pengguna. Terdapat fungsi animasi yang menambahkan kelainan pada laman berkenaan.

Pada bahagian template pula boleh ditambah borang maklum balas daripada pelanggan. Pelbagai pilihan butang yang boleh menghubungkan ke laman web atau platform seperti Facebook, Instagram, email dan sebagainya bagi memudahkan akses kepada pelanggan.

Pro

Cons

Harga: Percuma dan terdapat langganan pakej harga serendah RM38 sahaja.

@cikguseo

Buat website guna phone #cikguseo #tiktokguru #learnontiktok #createkindness #digitalmarketing

♬ Epic – Joystock

Kini semua orang sudah boleh buat website sendiri dengan mudah melalui telefon pintar sahaja. Anda juga boleh menjana pendapatan serta membuat portfolio bagi kegunaan masa kelak. Semoga informasi yang dikongsi ini boleh dimanfaatkan oleh pengguna di luar sana.

Ini cara mudah untuk mengakses WhatsApp di 4 peranti secara serentak yang perlu diketahui bagi kegunaan aktiviti seharian. 

Cara Mudah Untuk Akses WhatsApp Di 4 Peranti Serentak

Cara-Cara Guna 2 Monitor Pada Sebuah Komputer Bagi Tujuan PdPR

Exit mobile version