Kita sudah berada di tahun 2022 yang mana perkembangan dunia kriptowang yang semakin pesat buat masa ini. Ramai orang menunjukkan minat terhadapnya tetapi masih bingung manakah jenis kriptowang berbaloi untuk pelaburan pada tahun ini.
Hal ini kerana terdapat sejumlah besar kriptowang yang boleh didapati di dalam pasaran dan ada di antaranya hanya mampu bertahan buat seketika ekoran hype semata-mata. Maka, terdapat segelintir pelabur berputih mata kerana duit yang dilaburkan telah hangus. Oleh itu, kini anda perlu ketahui 6 jenis kriptowang yang berbaloi untuk dijadikan pelaburan.
1. Bitcoin
Bitcoin sememangnya sangat popular di kalangan pelabur kripto disebabkan pegangan nilai yang kukuh serta kedudukannya yang tidak berada di bawah sebarang ancaman daripada mana-mana syiling di pasaran. Malah, kriptowang BTC mempunyai reputasi yang baik serta digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Ditambah pula sejumlah ikon terkemuka dunia seperti Elon Musk, Tim Cook, Jack Dorsey dan lain-lain lagi turut melabur di dalam Bitcoin. Jangkaan sebahagian kuasa besar dunia yang bakal mengiktiraf Bitcoin juga bakal menggalakkan lagi ramai orang untuk memiliki dan melabur dalam kriptowang ini.
2. Ethereum
Ethereum merupakan kriptowang kedua terbesar di dunia yang mana hanya berada di belakang Bitcoin sahaja. ETH sudah memegang kedudukan tersebut selama bertahun-tahun yang mana tiada sebarang kriptoang akan hampir mendahuluinya buat masa ini.
Berdasarkan tahun 2021 lalu, kriptowang ETH telah mempamerkan prestasi dagangan yang cukup baik dan dijangka lebih banyak pelabur bakal mendapatkannya oleh kerana mulai dikenali umum. ETH 2.0 bakal diperkenalkan tidak lama di mana ia lebih murah untuk diguna serta penggunaan tekonologi blockchain yang lebih maju.
3. Solana
Walaupun ETH dilihat sangat selesa di tempat kedua buat masa ini, Solana (SOL) dilihat mampu menjadi pesaing hebat dan mampu merampas posisi tersebut. Solana menunjukkan pertumbuhan prestasi yang cukup besar pada tahun lalu iaitu 10,740% yang mana ia dianggap baru permulaan buat kriptowang ini mencipta reputasinya di dunia blockchain.
Menariknya, Solana juga merupakan salah satu kriptowang popular yang digelar sebagai “Ethereum killers” oleh sesetengah pelabur. Hal ini kerana pada tahun ini Solana menjadi sangat popular dan lebih ramai pembangun sedang membangunkan aplikasi berasaskan Ethereum.
4. Binance Coin
Binance Coin (BNB) merupakan pertukaran kriptowang terbesar di dunia setakat ini. Para pengguna Bincance boleh mendapatkan syiling dan menikmati pelbagai faedah seperti diskaun yuran perdagangan, transaksi pantas, perdagangan dan sebagainya. Sebagai bursa kripto terbesar di dunia, Binance memegang kedudukan besar dalam pasaran kripto.
Sejak pelancarannya pada 2017, BNB telah berkembang pesat dengan memudahkan dagangan pada platform Binance. Malah, ia juga boleh didagangkan atau ditukar untuk bentuk kriptowang lain seperti Ethereum atau Bitcoin yang digunakan secara meluas di dalam pelbagai urusan hari ini.
5. Shiba Inu
Nama Shiba Inu (SHIB) mulai dikenali umum sejak tahun lalu selepas menjadi tajuk utama di serata media ekoran nilai pulangan yang lumayan. Maka, ramai pelabur berjaya menjadi jutawan kriptowang dalam jangka masa pendek sahaja. Malah, SHIB juga sudah mampu melepasi kedudukan Dogecoin yang sebelum ini duduk cukup selesa di carta syiling meme.
Shiba Inu juga digelar sebagai “Dogecoin Killer” oleh kerana potensi dagangan yang cukup positif telah dipamerkan pada saban hari. Kriptowang ini juga bukan hanya mempunyai nilai yang tinggi, malah boleh mengumpul pemegang token mencecah jutaan pengguna menerusinya.
6. Dogecoin
Akhir sekali, Dogecoin (DOGE) pula merupakan syiling meme terbesar di dunia. Syiling meme ini menjadikan kegemaran ramai oleh kerana pulangan pelaburan yang lumayan sejak tahun lalu. Hal ini kerana ahli komuniti di dalam talian yang sering beri sokongan padu terhadap pihak pembangun.
Malahan, sepanjang tahun 2021 sahaja sudah diperlihatkan pelbagai selebriti terkemuka dunia seperti Miley Cyrus, Snoop Dog dan juga Elon Musk dapat menggunakan pengaruh mereka untuk meningkatkan harga DOGE. Sekiranya DOGE bakal digunakan secara meluas pada tahun ini, maka nilainya juga akan turut meningkat lebih lagi selepas ini.
Kriptowang yang disenaraikan mempunyai reputasi yang baik serta mempamerkan prestasi yang cukup baik walaupun berlaku penyusutan nilai pada saban hari.
Untuk pengetahuan, segala kriptowang yang dikongsikan hanyalah sekadar pendapat penulis dan bukanlah nasihat kewangan. Para pengguna dinasihatkan untuk membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan.
Selain kriptowang, anda juga boleh cuba mendapatkan karya digital yang boleh dijadikan pelaburan menerusi platform jual beli yang dipercayai.
6 Platform Jual Beli NFT Terbaik Untuk Anda Cuba Pada Tahun 2021
6 Anak Seni Tempatan Yang Berjaya Menjana Sehingga 6 Angka Menerusi Penjualan Karya NFT