Sejumlah pelajar sudah pun menerima tablet PerantiSiswa yang mana turut hadir dengan sokongan kad sim untuk memberi akses internet pada bila-bila masa. Oleh itu, ramai bercadang mahu mendapatkan pelan prabayar terbaik.

Sebenarnya terdapat beberapa pelan prabayar terbaik yang boleh memenuhi keperluan internet seharian anda. Mari kita lihat lima pelan prabayar yang boleh dipertimbangkan oleh para pelajar di luar sana.

1. Digi Pakej Data Khas Belia

Sumber Gambar: Digi

Pertama sekali, Digi sedia menawarkan sebuah pakej data khas untuk mereka yang berumur 12 tahun hingga 24 tahun. Rata-rata penerima PerantiSiswa merupakan dikalangan pelajar yang mana di dalam julat umur itu lantas berpeluang menikmati Pakej Data Khas Belia.

Menerusi pakej khas ini, mereka yang melanggan bakal menerima kuota internet pantas sebanyak 15GB pada harga RM20 sahaja. Menariknya, pelanggan yang menggunakan ciri auto-renewal berpeluang mendapat manfaat tambahan iaitu kuota tanpa had untuk media sosial berserta kuota bulanan hotspot  sebanyak 2GB.

2. Hotlink Fast & Unlimited

pelan prabayar terbaik
Sumber Gambar: Hotlink

Hotlink juga membawakan dua pilihan pelan prabayar yang berbaloi untuk kegunaan seharian anda. Anda boleh melanggan pelan Hotlink Fast yang menawarkan internet berkelajuan tinggi berkuota sementara Hotlink Unlimited pula untuk mereka yang mahukan internet tanpa sebarang had.

Hotlink Fast kini ditawarkan pada harga RM30 untuk 20GB dan menariknya boleh mendapat subsidi bulanan sebanyak RM15 dengan mendaftar di bawah Program Jaringan Prihatin.  Untuk pelan unlimited pula, anda boleh mengakses internet tanpa sebarang had termasuklah hotspot dengan kadar kelajuan 3Mbps pada harga RM40.

3. U Mobile Prepaid U25 & U35

Sumber Gambar: U Mobile

Seterusnya, U Mobile juga seperti biasa bakal menawarkan pelan termurah untuk para penggunanya setakat ini. Anda boleh memilih sama ada pelan U Mobile Prepaid U25 dan U Mobile Prepaid U35.  Kedua-dua ini menawarkan internet tanpa had dengan kadar kelajuan berlainan.

U25 kini ditawarkan pada harga promo iaitu RM20 sebulan pada kelajuan 3Mbps dengan kadar FUP sehingga 30GB. Malah, anda diberikan pas kelajuan penuh setiap hari selama sejam yang boleh ditebus pada bila-bila masa. Sementara pelan U35 pula ditawarkan dengan RM35 sebulan dengan kadar kelajuan dan FUP berlipat kali ganda.

4. Celcom Xpax Mix & Match

pelan prabayar terbaik
Sumber Gambar: Celcom

Celcom hadir dengan pelan baharu yang membolehkan anda menyesuaikan kadar langganan internet mengikut citarasa masing-masing. Terdapat sejumlah pilihan kombinasi penawaran internet mengikut harga tersendiri yang boleh dipilih oleh pengguna.

Untuk mereka yang mahukan pelan berkelajuan tinggi, pelan RM32 merupakan pilihan terbaik kerana anda bakal menerima kuota 30GB dengan akses tanpa had kepada beberapa aplikasi terpilih. Pada harga yang sama, anda juga boleh melanggan pelan tanpa had dengan kadar kelajuan 3Mbps dengan FUP sehingga 60GB.

5. Yoodo

Sumber Gambar: Yoodo

khir sekali, Yoodo yang sememangnya dicipta untuk memberikan kebebasan langganan internet sudah dijangka akan hadir dengan tawaran harga paling rendah. Anda boleh mengubah suai kadar interrnet, panggilan dan juga SMS berdasarkan keperluanmasing-masing menerusi laman rasmi mereka.

Yoodo sedia menawarkan penawaran internet tanpa had berharga RM30 untuk 3Mbps dan RM43 untuk 6Mbps bersama hotspot 6GB untuk kedua-duanya. Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi tetapan FUP yang dikenakan tetapi pihak Yoodo akan memantau tahap penggunaan setiap pengguna menerusinya.

Diharapkan dengan penyenaraian di atas memudahkan anda membuat pemilihan pelan prabayar yang bersesuaian keperluan masing-masing. Anda juga diingatkan untuk turut menyemak kawasan liputan terlebih dahulu agar boleh mendapatkan akses internet yang lancar sewaktu digunakan.