3 Laman Web Untuk Mudahkan Pengguna Mencari Bendera Putih Dan ‘Food Bank’ Di Kawasan Sekitar

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa buah kawasan, dapat dilihat sejumlah besar individu tidak dapat keluar mencari rezeki menerusi SOP yang ditetapkan sekaligus mengalami masalah kekurangan makanan serta keperluan asas.

Dalam usaha untuk membantu golongan yang memerlukan serta memudahkan kumpulan yang mahu menyalurkan bantuan, sebuah inisiatif menaikkan bendera putih telah diperkenalkan. Selain itu, terdapat juga kawasan-kawasan yang dikhaskan sebagai food bank dalam memudahkan golongan yang memerlukan.

Terbaharu, atas usaha untuk memudahkan kedua-dua kumpulan, terdapat pembangun laman web yang hadir dengan inisiatif untuk memperkenalkan laman web bagi mencari bendera putih secara maya dan food bank dengan mudah. Berikut merupakan antara laman web yang boleh disemak pengguna.

1. Kita Jaga Malaysia

Sumber: Kita Jaga Malaysia

Dibangunkan oleh syarikat Terato Tech, laman yang mesra pengguna ini memudahkan pengguna dalam memohon bantuan dan juga menyalurkan bantuan berdasarkan lokasi terdekat.

Sumber: Kita Jaga Malaysia

Mereka yang mahu menyalurkan bantuan berpeluang meletakkan nama, nombor telefon serta barangan yang disalurkan beserta lokasi dalam memudahkan golongan yang memerlukan

Berdasarkan percubaan kami setakat artikel ditulis, laman web ini telah dibanjiri dengan jumlah pengguna yang ramai membuatkan laman web Kita Jaga Malaysia sedikit lambat untuk diakses. Para pengguna boleh lawati laman Kita Jaga Malaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

2. Bendera Putih

Sumber: Bendera Putih

Seperti namanya, Bendera Putih merupakan laman dalam memudahkan orang ramai mengetahui lokasi bendera putih yang dinaikkan secara maya. Golongan yang memerlukan berpeluang menaikkan bendera putih serta memaklumkan nama, nombor telefon, lokasi serta barangan keperluan secara terus menerusi laman ini.

Menariknya, laman ini dijangka akan turut menawarkan aplikasi pada Google Play Store kelak dalam memudahkan kedua-dua pihak dalam memohon bantuan serta menghulurkan bantuan. Anda boleh klik di sini untuk ke laman Bendera Putih.

3. Sambal SOS

Dibangunkan oleh kumpulan pelajar tempatan, laman ini memfokuskan kepada misi yang sama dalam membantu golongan memerlukan serta mereka yang mahu menghulurkan bantuan.

Laman ini memaparkan secara terus lokasi food bank yang tersedia. Selain itu, orang ramai berpeluang menyemak nama food bank yang tersedia. Buat golongan yang memerlukan, aplikasi ini turut mementingkan privasi individu dengan memaklumkan untuk tidak memuat naik muka sebaliknya sekadar gambar rumah untuk memudahkan orang ramai menghulurkan bantuan.

Sumber: Sambal Sos

Sambal SOS yang sudah digunakan oleh orang ramai ini dijangka akan memperkenalkan aplikasi di Google Play Store tidak lama lagi. Sementara itu, para pengguna boleh mengakses laman web mereka dengan klik di sini.

Berdasarkan percubaan kami mengakses ketiga-tiga laman web setakat artikel ditulis, didapati terdapat lokasi food bank yang hanya tersenarai dalam satu atau dua laman web sahaja.

Laman web Kita Jaga Malaysia muncul sebagai laman paling aktif dengan jumlah keluarga yang memerlukan bantuan serta golongan yang sedia menyalurkan bantuan tertinggi diikuti dengan Sambal SOS.

Walau bagaimanapun, sebuah inisiatif yang menarik daripada kesemua laman web ini dalam usaha untuk memudahkan orang ramai mencari bendera putih dalam memastikan tidak ada keluarga yang berada dalam kelaparan.

Ketahui juga cara-cara untuk menyemak pemilik nombor telefon yang tidak dikenali dengan mudah.

Ini Caranya Untuk Semak Pemilik Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali

Bagaimana Netflix Mampu Buatkan Anda Ketagih Menonton Dan Terus Melanggan

Sumber
Exit mobile version