Samsung menjadi pemangkin utama dalam membawakan penawaran peranti jenis skrin boleh lipat di dalam pasaran hari ini. Walaupun dijual dengan harga premium, Samsung berjaya menarik minat pengguna di seluruh dunia untuk mendapatkannya.
Berdasarkan laporan Samsung, syarikat pengeluaran terkemuka ini berjaya menjual sebanyak 10 juta unit peranti dengan rekaan ini sepanjang tahun 2021. Malah, difahamkan sekitar 70% jumlah peranti yang dijual dalam segmen ini adalah dari barisan Galaxy Z Flip.
Di samping itu, Samsung juga mendedahkan jualan sepanjang tahun 2021 telah memperlihatkan sebanyak 300% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Ditambah pula Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Fold3 yang ditawarkan dengan harga mampu milik turut mendorong kepada lebih banyak peranti berjaya terjual menerusinya.
Antara faktor lain yang mendorong kepada jumlah jualan yang tinggi juga adalah pengaruh daripada drama Korea sendiri yang rata-ratanya menggunakan peranti berkenaan secara meluas. Dalam beberapa bulan lagi, sama-sama kita nantikan pelancaran siri peranti skrin boleh lipat siri seterusnya yang bakal dilancarkan secara rasmi oleh Samsung.
Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan siri Samsung Galaxy S23 bakal hadir dengan cip Snapdragon sepenuhnya tanpa pilihan Exynos lagi,
Tiada Lagi Penggunaan Cip Exynos, Samsung Galaxy S23 Dijangka Hadir Dengan Cip Snapdragon Sepenuhnya
Samsung Tawarkan Aksesori Bertemakan Starbucks Buat Siri Galaxy S22 Dan Galaxy Buds 2