Melalui satu artikel di Blog rasmi YouTube, laman web perkongsian video tersebut memberitahu orang ramai bahawa pihak tersebut bakal membuang senarai main video yang mengandungi teori konspirasi yang melibatkan isu-isu yang terjadi di seluruh dunia.

Hanya video yang terkandung dalam senarai cadangan sahaja yang akan melalui proses tapisan ini iaitu kira-kira 1% daripada keseluruhan video yang ada dalam laman web tersebut.

Antara contoh video yang bakal dibuang ialah kompilasi video berkaitan pemujaan agama yang dipercayai mampu menyembuhkan orang ramai, teori konspirasi mengenai isu global seperti peristiwa 9/11, teori bentuk muka bumi leper dan sebagainya.

capture-20190128-153259

Menurut siaran artikel berkenaan, tindakan tersebut diambil untuk mengelakkan salah faham dalam kalangan pengguna. Bukan itu sahaja, video yang dianggap sebagai clickbait juga berpotensi untuk dipadam. Penilaian akan dilakukan oleh pihak pengurusan berdasarkan jumlah penonton, bilangan dislikes dan komen pengguna.

Sumber