YouTube telah memperkenalkan fungsi baharu dengan membawakan sokongan gesture dalam pengemaskinian iOS khas untuk model iPhone 6s dan keatas supaya dapat memudahkan pengguna menonton video kegemaran mereka setiap hari.

Sistem sokongan gesture ini membolehkan pengguna dengan hanya perlu ‘swipe’ ke kiri untuk menonton video yang seterusnya yang seringkali dipaparkan di bawah video yang sedang ditonton manakala pengguna hanya perlu ‘swipe’ ke kanan untuk kembali pada tontonan yang sebelumnya.

Jika dibandingkan dengan butang anak panah yang perlu ditekan di aplikasi YouTube sebelum ini, sistem sokongan gesture yang baru ini, dilihat lebih memudahkan pengguna untuk menukar video yang ditonton kepada video seterusnya.

Setakat ini kemaskini terbaru ini cuba ditawarkan buat pengguna iOS dan mungkin akan ditawarkan buat pengguna Android kelak.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.