Kandungan video berbayar sudah menjadi satu bisnes lumayan di dalam dunia digital hari ini seperti yang ditawarkan oleh Masterclasss, Udemy dan lain-lain lagi. Para pengguna boleh mengakses konten yang diberikan pada bila-bila masa sekaligus menarik minat untuk membelinya.

YouTube pada minggu ini turut memperkenalkan ciri Course pada platform mereka yang mana berfungsi sebagai satu alternatif menjana pendapatan sampingan oleh pemilik saluran.

Sumber Gambar: Youtube

Dengan kehadiran perkhidmatan video kelas dalam talian ini boleh menjadikan setiap pencipta kandungan yang mempunyai saluran boleh menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung pada pengiklanan semata-mata. Video di bawah Course ini perlu dibeli sebelum boleh diakses sepenuhnya.

Oleh itu, pengguna boleh menonton video preview percuma untuk melihat sama ada berbaloi untuk didapatkan atau pun tidak. Antara kandungan Course yang ditawarkan termasuklah pembelajaran asas coding dengan menggunakan bahasa aturcara yang popular.

Setakat ini, YouTube Course ini ditawarkan kepada pengguna serta pemilik saluran di Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Pengenalan ini juga pasti diterima baik oleh pencipta konten kerana mereka sudah boleh menawarkan video berbayar menerusi satu platform dengan mudah.

Sumber