Walaupun vaksin sudah diperakui oleh pakar kesihatan sebagai salah satu langkah penjagaan daripada wabak COVID-19, masih terdapat segelintir kelompok yang tidak bersetuju dengan pelbagai alasan yang diberikan. Malah, mereka juga mula menyebarkan dakyah antivaksin menerusi laman media sosial untuk mempengaruhi orang ramai pula.

Terbaharu, YouTube sudah mengambil keputusan untuk mula memadam video ataupun saluran yang menyebarkan dakyah secara terbuka mengenai antivaksin dibawah polisi terbaharu mereka. Menerusi polisi terbaharu, sebahagian saluran besar yang mempunyai pengikut sehingga ratusan ribu telahpun dipadam serta-merta.

Sumber Gambar: The Independent

Pengenalan polisi terbaharu ini bagi memastikan setiap maklumat berkaitan vaksin dan COVID-19 yang disampaikan adalah sahih dan tidak menyimpang daripada perkara yang sebenar. Hal ini bagi mengelakkan orang ramai terpengaruh dengan dakyah yang antivaksin dan menyebabkan mereka tidak mahu mengambil suntikan dos tersebut.

Selain itu, video yang didapati memuat naik informasi yang tidak tepat akan dipadam. Namun begitu, YouTube masih membenarkan sebarang video pembincangan terbuka berkaitan keberkesanan, kesan sampingan daripada vaksin menerusi platform mereka.

Dikatakan YouTube sudah memadam lebih daripada 130,000 video yang mengandungi maklumat yang tidak tepat mengenai vaksin dan COVID-19 daripada platform mereka. Bagi mereka yang dikenakan amaran sebanyak tiga kali berturut-turut boleh menyebabkan akaun mereka digantung secara kekal.

Sementara di Malaysia sendiri, kita juga menghadapi masalah yang sama di mana golongan antivaksin menggunakan pelbagai sentimen termasuklah agama untuk mempengaruhi pemikiran orang ramai.

Dalam usaha menangani wabak COVID-19, kemas kini terbaru MySejahtera yang memerlukan pengguna ‘check out’ selepas keluar dari lokasi.

Kemas Kini Terbaru MySejahtera Memerlukan Pengguna ‘Check Out’ Selepas Keluar Dari Premis

Kemas Kini Terbaru MySejahtera Hadir Dengan Fungsi Pembelian Kit Ujian Kendiri

Sumber