Kita sudah pun dimaklumkan sejumlah syarikat telekomunikasi tempatan yang bersetuju untuk mendapatkan pegangan DNB dan menawarkan servis rangkaian 5G menerusinya.

Terkini, Yes secara rasminya telah melancarkan servis 5G mereka di negeri Pulau Pinang. Dengan pengenalan ini, pengguna di Pulau Pinang boleh menikmati kelajuan rangkaian 5G menerusi rangkaian Yes.

Sumber Gambar: DNB

Pengenalan rangkaian 5G ini juga dijangka akan membolehkan lebih banyak pelaburan dan industri ekonomi mengadaptasinya pada era digital masa kini. Buat fasa pertama penggunaan 5G di Pulau Pinang ini akan merangkumi 151 tapak dan 58 daripadanya melibatkan infrastruktur baharu.

Sementara baki 93 tapak yang tersedia hanya perlu dinaik tarafkan infrastruktur kepada teknologi yang lebih moden. Setakat ini, rangkaian ini tersedia di sekitar Penang Creative Digital District dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.